Apa Punca Ketiadaan Nor Azam Azih Dan Matthew Davies ?
- Harimau Malaya
- Aug 29, 2018
- No comment
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe semalam telah mengumumkan senarai 24 pemain untuk menyertai kem latihan pusat yang akan bermula pada 3 September. Dalam senarai tersebut, tiada kelibat dua pemain Pahang iaitu Nor Azam Azih dan Matthew Davies. Apa puncanya ?
Azam dan Matthew sebelum ini menyinar bersama pasukan bawah 23 tahun negara ketika temasya Sukan SEA 2017 dan kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di China awal tahun ini. Kedua-dua pemain dicanang sebagai pemain bintang bersama pasukan kebangsaan.
Namun, menjelang temasya Sukan Asia 2018, Azam dan Matthew gagal untuk melapor diri bagi menyertai kem latihan pasukan dan sekaligus nama mereka tidak tersenarai dalam pasukan akhir yang berangkat ke Indonesia.
Perkara ini nyata menimbulkan kekecewaan pengendali pasukan bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee. Bukan hanya Datuk Ong yang kecewa, para peminat juga kecewa kerana kedua-dua pemain merupakan aset penting pasukan bawah 23 tahun sejak tahun lalu.
Pasukan negara berjaya menampilkan aksi yang bertenaga sepanjang beraksi di Sukan Asia tanpa kelibat Azam dan Matthew meskipun tersingkir di peringkat 16 pasukan terakhir apabila tewas kepada Jepun.
Ketiadaan kedua-dua pemain dalam senarai 24 pemain yang dipanggil Tan Cheng Hoe semalam lantas menimbulkan satu persoalan di minda kami. Adakah Tan Cheng Hoe enggan memanggil Azam dan Matthew kerana mereka tidak beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun negara di Sukan Asia lalu ?
Apa yang pasti, Tan Cheng Hoe mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau tidak memanggil Nor Azam Azih dan Matthew Davies bagi menyertai kem latihan pusat pasukan negara bagi persediaan menentang Chinese Taipei dan Kemboja.
Walau apa pun, para pemain yang dipanggil perlu menampilkan aksi terbaik mereka bagi membantu pasukan kebangsaan mencari kemenangan sekaligus membentuk keserasian yang mantap diantara pemain.
Apa pendapat anda mengenai ketiadaan Nor Azam Azih dan Matthew Davies dalam senarai 24 pemain yang dipanggil Tan Cheng Hoe semalam ? Apa punca utama kedua-dua pemain ini tidak dipanggil ?
Baca Juga: Wajarkah Pemain Naturalisasi Dan Kacukan Dipanggil ?