Apa Yang Kita Boleh Beli Dengan Gaji Bulanan Liridon Krasniqi!
- Liga Super
- Feb 7, 2018
- No comment
Baru-baru ini telah viral tentang senarai gaji pemain Kedah bagi musim 2017 dan juga musim 2018. Seperti biasa pemain import menjadi penerima gaji tertinggi. Gaji Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva adalah 2 kali lebih tinggi daripada gaji yang diterima oleh Rizal Ghazali, Khairul Helmi dan Syazwan Zainon. Pemain Paling Bernilai musim 2017, Baddrol Bakhtiar menjadi pemain tempatan yang menerima gaji tertinggi. Anda boleh lihat senarai penuh di bawah:
Haa di sini kami nak senaraikan kepada anda apa saja yang anda boleh beli dengan gaji bulanan Liridon Krasniqi yang mencecah sebanyak RM 128,670 tu!
1. Ducati Panigale 1199
Sumber Gambar: Topspeed
Dengan gaji bulanan Liridon, kita boleh beli antara motosikal berkuasa tinggi paling terkenal di dunia. Anda tak perlu membuat pinjaman ke bank, beli “cash” terus! Kalau naik motosikal ni pun ramai makwe yang sangkut nanti.
2. Beli 25 Iphone X
Sumber Gambar: Mac Rumours
Anda boleh beli 25 buah telefon pintar Iphone X dan kemudiannya sedekahkan ke saudara-mara anda dengan gaji sebulan Liridon Krasniqi. Nanti mesti gambar saudara anda semuanya “flawless”.
3. Beli 4 buah “foodtruck”
Sumber Gambar: World Of Buzz
Jika anda ingin merancang masa depan, boleh la berniaga “food truck” di luar stadium. Anda tinggal pekerjakan 4 atau 5 orang dan biarkan mereka yang jalankan perniagaan. Anda hanya perlu tinggal di rumah dan mengira untung saja.
4. Honda Civic
Sumber Gambar: Autotrader.com
Anda seorang peminat Honda ? Dengan gaji bulanan Liridon anda boleh beli kereta Honda Civic keluaran terbaru. Dan satu lagi, anda boleh beli “cash”!
5. Beli 128 buah PS4
Sumber Gambar: Wikipedia
Anda seorang “gamers” ? Maka pilihlah PlayStation 4 sebagai konsol permainan utama. Dengan gaji Liridon sebulan, anda boleh membeli 128 buah PlayStation 4 dan berikan kepada anak saudara anda dan anak kepada jiran anda. Ajak mereka sekali untuk menjadi “gamers”. Baru syok!
6. Selesaikan Hutang PTPTN
Sumber Gambar: Says Malaysia
Hutang PTPTN merupakan isu yang harus dhadapi oleh segelintir rakyat Malaysia. Dengan gaji Liridon sebulan, anda tak payah risau. Pergi terus ke pejabat PTPTN dan bayar terus secara tunai! Ada baki anda boleh belanja keluarga dan kawan-kawan.
7. Beli 1000 Helai Jersi Kedah
Sumber Gambar: KFA
Jika anda seorang peminat Kedah, maka anda wajib untuk membeli jersi terbaru pasukan kesayangan anda. Jangan beli satu, tapi beli 1000 helai, itupun kalau gaji anda sama dengan gaji sebulan Liridon Krasniqi. Selepas beli 1000 helai, boleh berikan kepada rakan-rakan dan juga ahli keluarga yang lain. Barulah “Kedah pantang kalah!”
Haa itulah apa yang anda boleh beli dengan gaji Liridon Krasniqi sebulan. Kami berpendapat beliau layak untuk menerima gaji sebanyak itu kerana kualiti yang dimiliki oleh beliau. Perkara yang kami sebutkan di atas hanya untuk hiburan semata-mata.
So dah tau gaji depa ni agak-agak kalau main macam haram patut tak kena maki. Bak kata peminat Melaka,” Gaji dah besau main macam hawau ”
Baca Juga: Kedah Dan Perak Mahukan 3 Mata!
Baca dengan lebih lanjut senarai gaji pemain Kedah di sini