Apa Yang Tidak Kena Dengan JDT II ?

Tiada kemenangan dalam saingan Liga walaupun pemain berstatus bintang. Itulah Johor Darul Ta’zim II. Lebih parah, semalam mereka tewas kepada satu lagi pasukan reserve, Terengganu FC II dengan keputusan 2-1. Apa yang tak kena dengan JDT II ni ?

Penulis memang tak jangka dengan prestasi JDT II setakat ini yang penulis sifatkan sebagai mengaibkan dan juga memalukan. Walaupun berstatus pasukan simpanan, tapi lihat saja barisan pemain yang mereka ada. Memang tak masuk di akal dengan pemain yang pasukan ini ada, tapi mereka menjadi pasukan belasahan.

Pasukan JDT II musim ini dibarisi dengan beberapa pemain yang mempunyai pengalaman luas bersama pasukan kebangsaan. Bekas pemain tengah terbaik negara, Shakir Shaari ada di situ. Bekas pemain sayap terbaik negara, Rozaimi Abdul Rahman dan Syahrul Azwari ada di situ.

Jika kita melihat dari segi pemain yang dimiliki, memang tiada alasan untuk JDT II beraksi dengan sangat teruk musim ini. Mereka sepatutnya berada di kelompok tiga pasukan terbaik dalam Liga Perdana setakat ini di samping Felda United dan juga Sabah. Tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Ketika prestasi pasukan sedang tidak menentu, Johor Darul Ta’zim II bakal membawa masuk pemain import di bahagian serangan apabila jendela perpindahan kedua dibuka nanti. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.


Sumber Gambar: JST

Siapa yang patut dipersalahkan dengan betapa teruknya prestasi Johor Darul Ta’zim II setakat ini ? Adakah barisan pemain yang gagal untuk menjalankan tugas dengan baik ? Atau ketua jurulatih pasukan, Benjamin Mora yang gagal untuk menerapkan corak permainan yang sesuai dengan pemain sedia ada ?

Perkara itu terpulang kepada anda semua. Pada pendapat penulis, semua pihak harus mengambil tanggungjawab di atas prestasi pasukan yang tidak menentu ini.

Apa yang pasti, pasukan perlu mempunyai perancangan yang rapi dan juga jalan penyelesaian agar masalah ini tidak berlarutan sehingga menuju ke penamat musim 2018.

Baca Juga: Reserve Team Mana Yang Lebih Hebat ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *