Aspek Keselamatan Penyokong Diutamakan – PSM

Berikutan isu penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 Selasa lalu, Perbadanan Stadium Malaysai (PSM) hari ini mengeluarkan kenyataan dimana mereka mengutamakan aspek keselamatan penonton di semua venue.

Berikut adalah kenyataan dari PSM:

“Untuk semua acara yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), atas permohonan yang dibuat, PSM membenarkan pihak FAM untuk menguruskan kemasukan penonton di semua pintu masuk Stadium Nasional. Berhubung dengan isu lebihan kapasiti penonton pada malam Selasa yang lalu, PSM sedang dalam tindakan untuk mengkaji semula prosedur sedia ada dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak FAM bagi mengatasi masalah ini.

“PSM mempunyai maklumat yang sahih tentang kecuaian beberapa petugas yang mengawal kemasukan penonton di pintu-pintu masuk stadium yang merupakan punca utama berlakunya lebihan penonton di dalam stadium. PSM kini sedang dalam proses mengumpulkan maklumat pengurusan dan kawalan keselamatan penonton melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Maklumat ini akan dikongsikan dengan pihak FAM ketika sesi postmortem bersama FAM nanti.

“Antara isu-isu yang akan diperbincangkan adalah penggunaan sistem tiket automatik sedia ada, sistem turnstile, tempat duduk bernombor, kawalan keselamatan yang lebih ketat dan membuat tapisan yang lebih terperinci dalam melantik petugas keselamatan. Semua aspek ini akan ditambah baik untuk pengurusan acara pada masa akan datang serta memperkasakan aspek kawalan keselamatan kepada semua penonton.

“Pada malam yang sama juga, acara “Viewing Party” yang dianjurkan secara percuma oleh PSM, berjaya diuruskan dengan baik kerana menggunakan sistem turnstile bagi mengawal jumlah kemasukan penonton. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, aspek keselamatan penonton sentiasa menjadi keutamaan bagi PSM.

FAM kemudiannya akan menyiasat isu tersebut dimana mereka akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

“Tindakan akan diambil berdasarkan spekulasi yang ditimbulkan di media sosial berhubung kelebihan kapasiti yang bukan saja merosakkan reputasi FAM tetapi mengancam keselamatan penonton,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam kepada Berita Harian.

Baca Juga: Jangan Takut Dengan Vietnam – Badhri Radzi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *