Berikan Satu Perlawanan Lagi Buat Alfonso De La Cruz

Ketua jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir menurunkan gandingan dua pemain import iaitu Willian Pacheco dan Alfonso De La Cruz di bahagian pertahanan ketika pasukan Selangor seri dengan PKNP FC minggu lalu. Walaupun melepaskan gol pada minit-minit akhir perlawanan, namun terdapat peningkatan yang ketara di bahagian pertahanan pasukan Selangor.

Peminat Selangor akhirnya dapat menyaksikan Alfonso De La Cruz bermain di posisi asal beliau setelah diletakkan di bahagian tengah dalam perlawanan sebelumnya. Perkara ini sedikit-sebanyak menyebabkan Alfonso sedikit bergelut dengan prestasi kerana posisi tengah bukan posisi asal beliau.

Dan pada perlawanan minggu lalu, apa yang penulis lihat, barisan pertahanan Selangor dilihat lebih kemas berbanding perlawanan sebelumnya. Pacheco dan Alfonso jelas lebih dominan ketika perebutan bola di udara kerana ketinggian yang dimiliki oleh mereka.

Gandingan Pacheco dan Alfonso juga berjaya mematahkan beberapa gerakan serangan yang dilancarkan oleh pemain PKNP FC. Walaupun baru pertama kali digandingan, tetapi kedua-dua pemain ini sepertinya sudah serasi dan mencipta satu persefahaman yang baik di bahagian pertahanan.

Kita sedia maklum bahawa Nazliazmi mahu membawa pemain import baru bagi memperkuatkan pasukan. Ketika ini, ada dua nama yang berkemungkinan besar bakal digantikan iaitu Alfonso sendiri dan pemain sayap Indonesia, Ilham Udin Armayn.

Penulis berpendapat Nazliazmi boleh menunggu sehingga perlawanan antara pasukan Selangor yang akan menentang Johor Darul Ta’zim pada perlawanan Liga Super seterusnya bagi menilai semula prestasi Alfonso. Beliau boleh sekali lagi menurunkan gandingan Pacheco dan Alfonso di bahagian pertahanan.

Jika Alfonso beraksi dengan baik, maka Nazliazmi boleh mengekalkan beliau bagi terus digandingkan dengan Pacheco. Jika Alfonso beraksi tidak baik, maka Nazliazmi boleh menggugurkan beliau dan kembali menggandingkan Pacheco dengan pemain pertahanan tempatan pasukan.

Apa pendapat anda mengenai persembahan Alfonso De La Cruz di bahagian pertahanan pasukan Selangor ? Adakah Alfonso ini adalah satu jalan penyelesaian yang dicari-cari oleh pasukan Selangor bagi memperbaiki masalah di bahagian pertahanan ?

Baca Juga: Pasukan Selangor Tidak Bernasib Baik

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *