Bola Sepak Indonesia Berduka Lagi

Bola sepak Indonesia kembali berduka apabila seorang penyokong Persija Jakarta maut setelah dipukul oleh penyokong Persib Bandung sebelum perlawanan Liga 1 Indonesia diantara kedua-dua pasukan pada semalam.

Mangsa yang maut, Haringga Sirila berusia 23 tahun dikatakan pada mulanya dikejar oleh beberapa penyokong yang dipercayai penyokong Persib dan kemudiannya memukul dan menendang beliau. Bahkan ada penyokong Persib yang membaling batu ke arah Haringga dan memukul mangsa dengan menggunakan kayu.

Berdasarkan tragedi ini, pihak polis Indonesia dikhabarkan telah menahan lima suspek bagi membantu siasatan. Kelima-lima suspek ini merupakan pennyokong Persib.

Perseteruan antara penyokong Persija dan Persib sememangnya dikenal sebagai perseteruan yang paling ganas dan juga berbahaya dalam saingan bola sepak Indonesia. Sejak 2012, perseteruan ini telah memakan seramai enam korban jiwa dan Haringga merupakan korban keenam.

Berikut adalah senarai penuh penyokong yang meninggal dunia sejak 2012:

1. Rangga Cipta Nugraha, 22 tahun, (Bobotoh) 27-05-2012 Persija vs Persib Tikaman senjata tajam.
2. Lazuardi, 29 tahun (Bobotoh) 27-05-2012 Persija Vs Persib Dipukul beramai-ramai.
3. Dani Maulana, 17 tahun (Bobotoh) 27-05-2012 Persija Vs Persib Dipukul beramai-ramai.
4. Gilang, 24 (The Jakmania Pekalongan) 06-11-2016 Perjalanan pulang usai Persija vs Persib di Stadion, Manahan, Solo Jatuh dari kenderaan yang diserang.
5. Harun Al Rasyid Lestaluhu AKA Ambon, 30 (The Jakmania Kali Malang) 06-11-2016 Dipukul beramai-ramai.
6. Haringga Sirila, 23 tahun (The Jakmania) 23-09-2018 Persib Vs Persija dipukul beramai-ramai sebelum pertandingan di Stadion Gelora Bandung Lautan Api.

Apa yang pasti, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) perlu segera mencari jalan penyelesaian agar tragedi ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Penyokong datang ke stadium untuk menikmati permainan bola sepak. Bukan untuk datang dan dipukul sehingga meninggal dunia.

Tragedi ini juga harus dijadikan sebagai pengajaran oleh kumpulan peminat khususnya dalam saingan Liga Malaysia agar menjaga keamanan dan tidak membuat kekecohan ketika perlawanan Liga Malaysia sedang berlangsung.

Kami di Inikan Bola mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi ujian ini.

Baca Juga: Penyokong Indonesia Perlu Dididik

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *