Bolehkah Kita Tangguh Liga Malaysia 2019?

Pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) telah mengesahkan yang jadual Liga Super di antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kelantan akan ditunda dari Selasa 17 Julai 2018 kepada satu tarikh baru iaitu Jumaat 20 Julai 2018.

Penundaan ini jelas membangkitkan amarah dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia. Bahkan ada yang berpendapat meminta MFL untuk menunda saingan Liga M bagi musim 2019 mendatang.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah tahap profesionalisma MFL sebagai badan pengelola Liga. Pertukaran jadual ini bukanlah perkara yang baru berlaku dalam saingan Liga Super musim ini. Sebelumnya, MFL pernah merubah jadual sehinggakan menimbulkan kemarahan peminat.

Untuk penundaan perlawanan antara pasukan JDT menentang Kelantan ini, alasan yang digunakan oleh MFL ialah mahu menarik lebih banyak penonton ke stadium bagi meraikan kejayaan Johor Darul Ta’zim merangkul kejuaraan kelima Liga Super.

Badan pengelola liga tersebut juga menyatakan bahawa tujuan pemindahan jadual adalah atas dasar semangat kesukanan kerana kehadiran penyokong yang lebih ramai ke stadium apabila ia diadakan pada hari Jumaat. Mereka mendakwa pemindaan jadual ini telah mendapat sokongan daripada beberapa ketua jurulatih antaranya keyua jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir dan ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah.

Penulis berpendapat perkara ini tidak boleh dijadikan alasan mengapa jadual perlawanan boleh diganti ke satu tatikh yang lain dengan sesuka hati. Jika mengambil kira kedatangan penonton ke stadium, tak kiralah perayaan diadakan pada hari apapun jika penonton ada rasa cinta dan juga sayang kepada pasukan, maka secara automatik penonton akan datang ke stadium.

Perkara ini sedikit-sebanyak menyumbang kepada mengapa penonton sudah tiada selera untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia. Tindakan yang dianggap tidak professional telah menyebabkan rasa cinta di hati semakin pudar.

Apa yang penting, MFL perlu memberi perhatian yang menyeluruh kepada perkara ini. Sebagai pengelola Liga, anda sepatutnya menjadi badan yang lebih professional dan lebih terbuka kepada semua dan bukan berpihak kepada satu-satu pasukan sahaja.

Baca Juga: Harimau Muda Diserang Penyokong Indonesia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *