Buriram United Atau Muangthong United ?

Kencang khabar angin yang beredar ketika ini dimana dikahabarkan Akhyar Rashid bakal menyertai Johor Darul Ta’zim dan kemudiannya bakal dipinjamkan ke salah satu kelab di Thailand. Persoalannya, adakah kelab Thailand tersebut Buriram United atau Muangthong United ?

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini memberi komen bahawa beliau hanya mahu pemain JDT menyertai Buriram atau Muangthong sekiranya menerima tawaran untuk beraksi dalam saingan Thai League 1. Baginda berkata demikian ketika mengulas mengenai masa depan penyerang skuad bawah 23 tahun negara, Safawi Rasid.

Mengapa TMJ memilih Buriram dan Muanthong kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai fasiliti serta stadium terbaik dalam saingan Liga Thailand dan pemain JDT boleh berkembang sekiranya beraksi di sana.

Selain Akhyar, seorang lagi pemain JDT dikhabarkan akan turut dihantar ke Thailand dengan status pinjaman. Abang Kiko Insa, Natxo Insa disebut-sebut sebagai pemain yang akan mendampingi Akhyar beraksi di Thailand sekiranya pemain berusia 19 tahun ini menyertai JDT.

Buriram dan Muangthong United sememangnya menjadi antara kelab terbaik di rantau Asia Tenggara kerana mereka pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan memberikan cabaran yang sengit kepada kelab ternama di rantau ini.

Tidak dinafikan jika pemain negara beraksi bersama dua kelab ini, peluang untuk meningkatkan lagi tahap serta kualiti permainan pemain tersebut dilihat lebih cerah kerana fasiliti yang dimiliki oleh Buriram dan Muangthong berada di satu tahap yang lebih tinggi.

Walau apa pun, masih belum ada pengumuman rasmi daripada pihak JDT sendiri mengenai perkara ini. Akhyar masih lagi berstatus pemain pasukan Kedah dan Natxo masih lagi membantu JDT dalam saingan Piala Malaysia 2018.

Apa pendapat anda mengenai khabar angin yang beredar ketika ini ? Jika benar Akhyar Rashid menyertai Johor Darul Ta’zim dan kemudiannya dipinjamkan ke salah satu kelab di Thailand, kelab manakah yang sesuai dengan gaya permainan serta mampu meningkatkan kualiti yang dimiliki oleh Akhyar ?

Baca Juga: Akram Mahinan Kembali Ke Selatan ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *