Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling diminati dan paling mendapat perhatian rakyat Malaysia. Tak kira tua ataupun muda, masing-masing mempunya pasukan yang diminati dan sentiasa memberikan sokongan apabila pasukan kegemaran mereka bermain. Keterujaan yang ditampilkan oleh peminat ini membuatkan kami terfikir bagaimana kami boleh membantu dalam menambahkan lagi keterujaan, cinta terhadap bola sepak serta
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru penyokong bola sepak tanah air untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan yang akan beraksi dalam kejohanan Piala Airmarine 2019. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan turun menentang pasukan Singapura pada hari ini dan FAM meminta para peminat untuk membanjiri stadium bagi memberikan
Badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengambilan pemain naturalisasi untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan, pihaknya memiliki tiga jenis pendekatan iaitu program bagi jangka masa pendek, pertengahan dan panjang dengan pihaknya sudahpun menyiapkan kertas kerja untuk prosedur operasi
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menggesa anak buahnya untuk mengawal emosi pada perlawanan Piala Airmarine 2019 menentang pasukan Singapura pada Rabu ini. Menurut Cheng Hoe, pertembungan diantara Malaysia menentang Singapura sememangnya mempunyai yang tersendiri dan kedua-dua pasukan dijangka menampilkan aksi terbaik dan akan memberikan cabarang yang sengit terhadap satu sama lain. Justeru, pengendali
Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee lega tujuh tonggak utama sudah melaporkan diri bagi menyertai kem latihan pusat sekaligus pasukan kini sudah lengkap dan bersedia untuk mengharungi kempen kelayakan AFC Bawah 23 Tahun. Tujuh pemain yang disebutkan ialah lima daripada Johor Darul Ta’zim iaitu Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba, Akhyar
Pemain pertahanan Selangor, Abdul Latiff Suhaimi menyatakan pertukaran posisi daripada bahagian tengah kepada posisi beliau ketika ini menjadi faktor utama beliau kembali dipanggil bagi memperkuatkan pasukan kebangsaan. Latiff dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe bagi mengukuhkan barisan pertahanan dan pemain berusia 29 tahun ini nyata tidak kekok untuk beraksi bersama rakan sepasukan yang
Pemain pertahanan PKNS FC, Nick Swirad berazam mahu tampil dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan yang akan beraksi dalam kejohanan Piala Airmarine 2019. Swirad antara tujuh muka baharu yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe bagi memperkuatkan pasukan negara dan beliau nyata berbangga dapat menyertai latihan berpusat skuad kebangsaan buat pertama kali namun menyedari saingan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin peminat setia pasukan kebangsaan akan hadir ke stadium dan memberikan sokongan kepada anak-anak buah bimbingan Tan Cheng Hoe yang akan beraksi dalam kejohananan Piala Airmarine 2019. Pada penganjuran sulung yang membabitkan empat negara iaitu Malaysia selaku tuan rumah, Oman, Afghanistan dan Singapura kali ini, pihak penganjur menetapkan harga RM45
Pemain tengah import pasukan PKNS FC, Romel Morales mengutarakan minatnya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan Malaysia pada masa akan datang. Pemain tengah ini berkata beliau sanggup untuk menunggu tiga tahun lagi jika tempoh itu diperlukan sebelum beliau dibenarkan menyarung jersi Harimau Malaysia. Morales yang berasal dari Colombia dan berusia 22 tahun ini menyatakan beliau sudah
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan mereka menunda perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad kebangsaan menentang pasukan Nepal ke satu tarikh baharu yang akan diberitahu kelak. Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, perlawanan persahabatan tersebut terpaksa dipinda ke satu tarikh lain setelah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan perlawannan tersebut tidak diluluskan