Datuk Seri Vida Masih Ada Urusan Dengan KAFA!
- Liga Super
- Jul 20, 2018
- No comment
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu meneliti semula kontrak tajaan Vida Beauty milik Datuk Seri Vida terhadap pasukan Kelantan yang masih berbaki RM8 juta pada musim 2017.
Menurut presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, penajaan pemiliknya Datuk Seri Vida pada musim lalu telah ditangguhkan dan bukannya dibatalkan seperti yang didakwa sebelum ini. Bibi telah meminta peguam untuk membuat susulan dan semakan terhadap kontrak tersebut.
Pada 2016, jutawan kosmetik tersebut telah membuat sensai apabila menaja pasukan Kelantan dengan tajaan RM8 Juta semusim. Pelbagai usaha dilakukan termasuk mengecat stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu.
Tidak cukup dengan itu, jersi home pasukan Kelantan yang selama ini sinonim dengan warna merah ditukar kepada warna merah jambu. Kelantan juga telah menyiapkan satu jersi khas dimana jersi tersebut didakwa boleh meningkatkan prestasi pemain. Selain jersi khas, Kelantan juga akan menggunakan jersi yang berbeza untuk setiap pertandingan yang mereka hadapi pada waktu itu.
Namun, tajaan Datuk Seri Vida tidak kekal lama apabila beliau secara tiba-tiba menghentikan tajaan dan membiarkan pasukan Kelantan ketika itu dengan masalah kewangan.
Presiden KAFA ketika itu, Tan Sri Annuar Musa berkata tajaan itu ditangguhkan pada musim 2017, bukan dibatalkan kerana Vida ingin mengukuhkan perniagaan beliau. Tan Sri Annuar berkata demikian setelah duduk semeja dengan Vida dan bersetuju menangguhkan dahulu kontrak berkaitan penajaan yang pernah ditandatangani pada Januari 2016.
Ditanya mengenai apa tindakan yang akan diambil, Bibi Ramjani meminta peguam yang sudah dilantik untuk menguruskan perkara tersebut.
Apa yang penting, diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini agar ianya tidak menggangu rentak pasukan yang sedang berdepan misi sukar untuk kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.
Apa pendapat anda mengenai langkah yang diambil Bibi Ramjani untuk menyemak semula tajaan Datuk Seri Vida yang dikatakan masih lagi berbaki RM8 Juta ? Apa jalan penyelesaian yang perlu diambil oleh kedua-dua belah pihak ?
Baca Juga: Bibi Ramjani Pasrah!