Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Malaysia Yang Pernah Beraksi Di Luar Negara
- Harimau Malaya
- Dec 22, 2017
- No comment
Menjadi satu kebanggan apabila seorang pemain bola sepak tersebut mendapat tawaran untuk beraksi di luar negara. Pemain Malaysia juga tidak terkecuali. Ada beberapa pemain kita yang pernah mencuba nasib di luar negara. Di sini, kami nak tuliskan 5 pemain Malaysia yang pernah bermain di luar negara dan di mana mereka sekarang. Enjoy!
1. Akmal Rizal Rakhli
Sumber Gambar: FouFourTwo
Ketika usia Akmal Rizal belum menginjak 18 tahun, Akmal sudah dipanggil untuk menyertai skuad Olimpik 2000 kendalian Hatem Souissi. Sebelum itu, Akmal menyinar di bawah program Menjelang Tahun 2000, sebuah program di bawah kendalian KFA. Persembahan cemerlang Akmal bersama skuad Olimpik 2000 yang berjaya menjaring 7 gol ketika saingan kelayakkan meyakinkan beliau untuk mengembara ke Eropah.
Akmal Rizal berjaya menyertai kelab Perancis, RC Strasbourg. Ketika beraksi di Perancis, Akmal juga sempat dipinjamkan ke kelab FR Haguenau. Akmal menyatakan bahawa pengalaman di Perancis merupakan pengalaman terbaik dalam karier beliau. Setelah tempoh bersama RC Strasbourg tamat, Akmal berpeluang menjalani “trial” bersama pasukan Sedan namun tidak kesampaian kerana kecederaan. Akmal memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Sekembalinya Akmal ke Malaysia, Akmal mewakili Kedah selama 5 musim. Selain Kedah, Akmal juga mewakili beberapa pasukan lain antaranya Selangor, Kuala Muda Naza, Kelantan, Perak, Sarawak dan Kedah United sebelum beliau mengumumkan bersara.
Setelah bersara, Akmal menubuhkan Akademi Akmal Rizal pada 2016. Beliau menyatakan bahawa beliau mahu menjadi jurulatih satu hari nanti. Saat ini belau mempunyai Lesen B kejurulatihan AFC.
2. Safee Sali
Sumber Gambar: Utusan
Persembahan cemerlang beliau ketika kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 lalu nyata menarik minat beberapa kelab daripada Indonesia. Akhirnya, Safee memilih Pelita Jaya yang berpangkalan di Karawang dan sekaligus beliau menjadi pemain pertama Malaysia yang beraksi di Indonesia. Nama Safee terus menjadi sorotan media dan juga peminat di sana pada musim pertama beliau beraksi di Liga Indonesia. Setelah memutuskan untuk melanjutkan kontrak, Safee diangkat menjadi ketua pasukan dan menerima kenaikan gaji yang lumayan iaitu sebanyak RM 125,000 sebulan. Setelah meninggalkan Pelita Jaya, Safee menyertai Arema Indonesia.
Pada 2012, Safee berpeluang untuk menyertai Buriram United. Namun beliau menolak dan menyertai revolusi Johor Darl Ta’zim ketika itu. Setelah 4 musim bersama JDT, Safee Sali menyertai PKNS FC. Beliau diangkat menjadi ketua pasukan sehingga ke hari ini.
3. Lim Teong Kim
Sumber gambar: Malaysian Insight
Nama Lim Teong Kim sudah tidak asing lagi dalam bola sepak Malaysia. Beliau merupakan anak Malaysia pertama yang bermain di Eropah. Teong Kim mewakili pasukan Hertha Berlin di saingan Liga Jerman. Selain itu, LTK juga menempa nama bersama Kuala Lumpur dimana beliau berjaya memenangi 3 kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1987 hingga 1989.
Setelah bersara, Lim Teong Kim menjadi jurulatih belia di pasukan Bayern Munich. LTK adalah orang yang bertanggungjawab mengesan bakat Thomas Muller yang sekarang ini merupakan penyerang utama pasukan jerman. Pada 2013, beliau dilantik sebagai pengarah projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Antara sasaran yang diletakkan di atas bahu beliau ialah Malaysia layak ke Piala Dunia bawah 17 tahun pada 2019.
4. Nazmi Faiz Mansor
MALAYSIA, Johor Bahru: Nazmi Faiz of JDT players celebrates his goal during AFC cup match between JDT and Beoungket Angkor at Larkin Stadium on Feb 21st, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my
Setelah beliau menampilkan prestasi cemerlang ketika membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2011, Nazmi berpeluang untuk menjalani percubaan bersama pasukan dari divisyen 1 Liga Portugal ketika itu, S.C. Beira-Mar. Beliau akhirnya diserapkan ke dalam skuad utama pasukan tersebut. Namun, selang 6 bulan bersama Beira-Mar, Nazmi Faiz secara mendadak pulang ke Malaysia. Hal ini membuatkan seluruh peminat tertanya-tanya. Nazmi dipercayai pulang ke Malaysia atas alasan peribadi dan beliau mahu Beira-Mar menamatkan kontrak beliau dengan serta-merta.
Setelah pulang dari Portugal, beliau mewakili pasukan PKNS FC. Setelah mewakili PKNS, beliau berhijrah ke Selangor. Setelah 3 musim bersama Selangor, Nazmi menyertai pasukan JDT.
5. Fakri Saarani
Sumber gambar: Goal.com
Pemain yang satu ini menjadi kesayangan para peminat bola sepak Malaysia. Mana tidaknya, beliau diberi gelaran “Lord” oleh para peminat di laman media sosial. Lord Fakri menyertai pasukan Liga divisyen 3 Portugal, Atletico S.C setelah cemerlang membantu Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA 2011. Beliau berjaya menghabiskan satu musim bersama pasukan Atletico. Setelah tempoh bersama Atetico tiba di penghujung, Lord Fakri pulang ke Malaysia dengan menyertai pasukan Kelantan. Setelah 3 musim bersama Kelantan, Fakri menyertai Kedah pada 2016. Fakri juga pernah mewakili Felda United selama 6 bulan sebagai pemain pinjaman.
Untuk musim hadapan, Fakri menyertai Melaka United. Beliau sekali dibimbing oleh jurulatih yang pernah membimbing beliau ketika bersama Atletico S.C iaitu Eduardo Almeida.
Haa itulah senarai 5 pemain kita yang pernah beraksi di luar negara dan di mana mereka sekarang. Korang adan cadangan ? Kalau ada, kongsi dengan kami. Jangan segan-segan contact kami di media sosial Inikan Bola.