Diawalkan Seminggu Kerana Ada Permintaan

Pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) menjelaskan bahawa ada permintaan daripada pasukan yang bertanding untuk jendela perpindahan kedua diawalkan seminggu daripada tarikh yang sepatutnya.

Menurut MFL lagi, tarikh 7 Mei tersebut sudahpun dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MFL pada 5 Mac lalu. Lembaga pengarah yang terdiri daripada wakil pasukan yang bertanding sebulat-suara telah bersetuju untuk jendela perpindahan kedua Liga Malaysia diawalkan seminggu.

MFL juga menyatakan bahawa mereka telah mengeluarkan surat pekeliling pada 12 Mac lalu. MFL juga menekankan bahawa segala keputusan yang dibuat adalah hasil daripada mesyuarat Lembaga Pengarah MFL.

Dengan pengumuman ini, maka jawapan kepada persoalan penulis dan juga peminat bola sepak negara telahpun terjawab. Sebelum ini, MFL hanya mengumunkan tarikh jendela perpindahan sahaja. Mereka tidak menjelaskan mengapa keputusan tersebut dibuat.

Jadi dengan pengumuman semalam, peminat tidak lagi mempunyai tanggapan yang negatif terhadap badan pengelola Liga Malaysia ini.

Apabila perkara ini sudah menemui titik terang, apa yang boleh penulis katakan ialah pasukan dalam saingan Liga Malaysia harus berbelanja mengikut kemampuan mereka bermula 7 Mei ini. Jangan berbelanja melebihi had kemampuan anda kerana perkara tersebut boleh memberi kesan buruk kepada pasukan.

Kita sudah pasti tidak mahu mendengar lagi masalah gaji melanda pasukan Liga Malaysia. Jadikan Kuantan FA sebagai contoh.

Akhir sskali, penulis mahu mengucapkan syabas kepada Malaysia Football League (MFL) kerana telah menjelaskan mengapa jendela perpindahan dibuka seminggu lebih awal. Bagi pasukan dalam Liga Malaysia, berbelanjalah mengikut kemampuan anda. Bukan mengikut nafsu kerana ingin memperkuat pasukan dan pada akhirnya para pemain serta pegawai pasukan yang merana.

Baca Juga: Awal Seminggu Ni Ada Apa-apa Ke?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *