Dybala Akan Menjadi Pemain Termahal Sekiranya Menyertai Liverpool

Jika berita ini benar, Dybala akan menjadi pemain termahal dalam sepanjang sejarah Liverpool.

Liverpool dikhabarkan sudah siap sedia untuk mengeluarkan dana bagi mendapatkan Paulo Dybala dari Juventus. Jika berita ini menjadi rasmi, maka Dybala adalah pemain termahal yang pernah didapati oleh ‘The Reds’ sepanjang sejarah Liverpool.

Di ambil dari Thesportreview, Jumaat (13/7/2018), Liverpool dikhabarkan sudah menyiapkan dana 80 juta pounds atau 424 juta ringgit malaysia untuk mendapatkan Dybala. Dalam waktu terdekat ini, Liverpool di katakan telah memulai perbincangan terhadap Juventus untuk mendapatkan pemain tersebut.

Pasukan didikan Juergen Klop dikatakan masih mencari pengganti jangka panjang Phillippe Countiho di Anfield setelah menyertai Barcelona pada Januari 2018. Dybala merupakan pemain yang tepat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Coutinho. Dybala dianggap akan lebih menyinar  dan mampu memainkan perana bersama ‘The Reds’.

Nampaknya, peluang Liverpool untuk mendapatkan jasa beliau cukuplah besar, kerana  Juventus baru-baru ini sudah mendapatkan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid dengan harga 100 juta Euro.

Kedatangan Ronaldo tersebut  jelas mempengaruhi posisi Dylala.Selain  itu, hasil penjualan beliau juga dapat menaikkan pendapatan Juventus setelah membeli Ronaldo.

Jika Dylala secara rasmi menyertai  Liverpool, dia merupakan pemain termahal sepanjang masa Liverpool. Saat ini, Virgil Van Dijk dicatatkan adalah pemain paling mahal di Liverpool.

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Baca Lagi: (Piala Dunia) Wira Croatia berduka kerana Real Madrid kehilangan ‘superstar’

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *