FAM, MFL Tubuhkan Badan Pengadilan Bebas

Pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) telah mendapat persetujuan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM ) untuk menubuhkan Badan Pengadilan Bebas menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu posting di media sosial Twitter @HRHJohorII milik baginda.

Tindakan tersebut diambil selepas kualiti pengadilan yang teruk ditampilkan pengadil ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 diantara pasukan Perak menentang pasukan Terengganu FC pada Sabtu lalu. Pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman mendapat kritikan hebat serta dianggap gagal untuk mengawal perlawanan.

Menurut TMJ lagi, seramai 25 pengadil tempatan akan dihantar ke Jepun bagi memperbaiki kualiti dan juga mutu pengadil. Pengadildari Jepun, England dan beberapa negara lain yang akan diputuskan nanti bakal menjadi salah satu anggota kepada Badan Pengadilan Bebas itu nanti.

Pengadil tempatan dan luar negara ini nantinya akan beker­jasama untuk meningkatkan lagi mu­tu pengadilan dan MFL juga mempunyai perancangan untuk bekas pengadil Liga Perdana Inggeris mengadakan kurus-kursus pengadilan.

Apa yang pasti, penubuhan Badan Pengadilan Bebas ini adalah satu langkah yang bijak diambil oleh MFL dalam usaha untuk memartabatkan lagi saingan Liga Malaysia pada masa akan datang.

Isu pengadil adalah satu isu yang sudah lama dihadapi oleh bola sepak Malaysia dan sudah tiba masanya isu tersebut diperbaikai sekaligus diselesaikan agar tidak ada lagi insiden seperti Sabtu lalu berulang pada masa hadapan.

Baca Juga: FAM Pertahan Pemilihan Suresh Jayaraman

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *