Farhan Roslan Terpaksa Lupakan Aksi Musim Ini
- Liga Super
- Apr 11, 2018
- No comment
Pemain sayap Kedah, Farhan Roslan terpaksa melupakan baki aksi musim ini disebabkan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami oleh Farhan ketika perlawanan persahabatan antara pasukan Kedah menentang pasukan Perlis.
Pasukan Kedah telah mengesahkan bahawa terdapat ujian yang dilakukan terhadap kecederaan yang dialami oleh Farhan. Dan daripada hasil ujian tersebut, Farhan mengalami kecederaan ACL yang akan membuatkan beliau berehat lama sekaligus melupakan baki aksi musim 2018.
Sejak musim lalu, Farhan sememangnya bergelut dengan isu kecederaan. Pemain berusia 21 tahun ini jarang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Kedah musim lalu. Akibat daripada kecederaan yang dialami, Farhan juga tidak dapat membantu Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA musim lalu, dimana Kedah menewaskan pasukan Pahang.
Musim ini, beliau berjaya tampil dalam tujuh perlawanan dalam semua pertandingan di bawah kendalian Ramon Marcote. Walaupun menjadi pilihan kedua dibelakang Andik Vermansah dan Akhyar Rashid, namun Farhan berjaya menyumbang sesuatu kepada pasukan.
Dengan kecederaan yang dialami oleh pemain yang pernah dijuluki “Messi Kedah” satu ketika dulu, jurulatih Kedah, Nidzam Adha harus mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan pasukan Kedah tidak terjejas dengan ketiadaan Farhan.
Kami berpendapat Nidzam boleh mengketengahkan pemain muda daripada skuad Piala Presiden Kedah untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Farhan Roslan. Pemain seperti Hidhir Idris, Zhafir Mohd Yusof dan Akmal Azmi boleh dipertimbangkan oleh Nidzam bagi mengisi tempat Farhan.
Amat disayangkan apabila pemain muda berbakat seperti Farhan ditimpa kecederaan dan merencatkan perkembangan beliau dalam dua musim terakhir. Semoga Farhan dapat kembali dengan menjadi pemain yang lebih baik apabila beliau pulih daripada kecederaan kelak.
Apa pendapat anda mengenai kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menimpa Farhan Roslan ? Adakah dengan ketiadaan beliau dalam pasukan Kedah sedikit-sebanyak merencatkan perancangan pasukan ?
Dan pemain muda mana yang menurut anda sesuai untuk mengisi tempat yang ditinggalka oleh Farhan dalam pasukan utama Kedah ?
Baca Juga: Dato’ Padukan Ahmad Basri Akil, Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah