Felcra FC Sah Dibubarkan!

Impian pemain Felcra FC untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan musnah apabila pasukan tersebut sah dibubarkan dan akan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim 2019.

Pembubaran pasukan Felcra ini menurut Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Nageeb Wahab ialah kerana kos tinggi yang harus dikeluarkan oleh pasukan tersebut.

“Felcra FC akan dibubarkan kerana memerlukan kos sebanyak RM8 juta semusim dan tidak memberi keuntungan. Selain itu beberapa anak syarikat lain juga akan ditutup dan digabungkan dalam usaha melakukan perubahan struktur dalam Felcra,” katanya menurut laporan Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad yang baharu di Wisma Felcra di sini hari ini.

Sebelum ini, nasib Felcra menjadi tanda-tanya selepas pasukan tersebut berdepan isu dana untuk membentuk sebuah pasukan berstatus Liga Super sejak tiga bulan lalu.

Namun, isu itu semakin menemui penyelesaian apabila Felcra FC tidak lagi bergantung kepada dana Felcra Berhad selepas mendapat majoriti dana luar dengan jumlah melebihi RM10 juta setakat ini.

Memetik laporan media, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Felcra, Datuk Hazian Murad berkata, perkembangan positif itu sudah cukup untuk membawa khabar gembira mengenai status Felcra FC pada musim depan dan akan membuat pengesahan dengan penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL), 1 November depan.

Baca Juga: Felcra FC Tarik Diri, Siapa Yang Dirugikan ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *