Felda United Mahu Kekal Beraksi Di Jengka

Juara Liga Perdana musim 2018, Felda United mahu terus menggunakan Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka sebagai home based mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini disuarakan oleh ketua jurulatih pasukan, Nidzam Jamil dimana beliau berpendapat Stadium Tun Abdul Razak mempunyai prasarana terbaik dan perkara itu boleh memberikan inspirasi tambahan kepada para pemain.

“Dengan kemudahan serba lengkap dan juga memiliki penyokong di kalangan warga peneroka FELDA sendiri, adalah lebih baik untuk The Fighters kekal beraksi di Jengka.

“Bagi saya, STAR lambang kerja keras peneroka dan ia juga rumah kepada FELDA United untuk melakar kejayaan. Namun, terpulang kepada pengurusan kelab untuk mengekalkan STAR sebagai stadium rasmi atau beralih ke stadium lain bagi mengharungi Liga M musim 2019,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Dikhabarkan pengurusan pasukan Felda United harus mencari stadium di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan sebagai stadium rasmi pasukan bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Namun, pihak pengurusan masih belum mengeluarkan sebarang keputusan berkenaan perkara ini.

Sebelum ini, Felda United pernah menggunakanstadium di Lembah Klang iaitu Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi mereka dalam saingan Piala AFC edisi 2017 kerana Stadium Tun Abdul Razak tidak menepati regulasi atau standard yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Stadium bernilai RM92 juta itu dibuka secara rasmi pada 15 Disember 2015 yang boleh memuatkan kira-kira 25,000 penonton. Antara kemudahan yang disediakan termasuk padang rumput tiruan, bilik persalinan, ruang parkir yang luas dan juga gimnasium.

Apa yang pasti, Stadium Tunku Abdul Razak sudah sebati dengan pasukan Felda United dan mereka pastinya mahu menjadikan stadium tersebut sebagai gelaggang keramat mereka untuk mengharungi saingan Liga Super musim 2019.

Stau lagi perkara, amat disayangkan jika STAR tidak digunakan sebagai gelanggang rasmi Felda kerana stadium tersebut dibina dengan kos yang amat tinggi. Jadi, sebaiknya stadium tersebut digunakan dengan sebaik mungkin dan semaksimal mungkin.

Baca Juga: Sylvano Comvalius Jadi Rebutan Pasukan Liga Super

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *