Formasi : 4-4-2

Pada kali ini, kami akan kupas tentang formasi-formasi asas dalam bolasepak.

4-4-2 merupakan antara formasi yang paling popular dalam bolasepak. Ianya adalah satu sistem permainan yang menumpukan kekuatan di bahagian Midfield dengan membekalkan width. Dalam formasi ini, Central Midfielder dan Full Back memainkan peranan penting untuk menentukan bagaimana sesuatu pasukan tersebut berfungsi di atas padang. Sama ada pasukan tersebut memilih untuk bertahan atau menyerang bergantung banyak kepada pemain di 2 posisi ini. 4-4-2 ialah pilihan formasi yang efektif kerana ianya boleh digunakan sama ada untuk bertahan atau menyerang.

Penyerang
Big Man, Small Man ialah gandingan yang paling sinonim dengan fomasi 4-4-2. Salah seorang daripada 2 striker di depan dijadikan sebagai Target Man yg mana pemain itu harus mempunyai kebolehan untuk Hold Ball dan Laying Off bola kepada rakan-rakan di sekitarnya untuk membentuk kombinasi-kombinasi permainan. Antara contoh klasik gandingan ini ialah Fernando Morientes dan Milan Baros di Liverpool satu ketika dulu, atau Marlon Alex James dan Khyril Muhaimeen di Kedah.

Formasi ini juga boleh dimainkan dengan salah seorang daripada 2 penyerang drop sedikit ke bawah dan bertindak hampir seperti pemain no10 dengan seorang lagi bertindak sebagai Poacher atau Complete Forward. Contoh gandingan seperti ini ialah Thierry Henry dan Dennis Bergkamp di Arsenal, serta Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero di JDT musim lalu.

Tengah
Pemain tengah dalam formasi ini adalah enjin kepada pasukan kerana semuanya bergerak di sekeliling mereka. Gandingan ideal di tengah adalah seorang Deep Lying Playmaker/Ball Winning Midfielder dengan seorang lagi Box to Box Midfielder. Tugas Deep Lying Playmaker ialah merencana serangan dari bawah serta melindungi pertahanan dari serangan balas pihak lawan. Manakala, tugas Box to Box Midfielder ialah menggerakkan serangan di segenap pelusuk padang, membuat larian-larian lewat ke dalam kotak penalti pasukan lawan serta turun bertahan apabila diserang. Daniel Drinkwater dan Ngolo Kante memberikan kejuaraan liga kepada Leicester City dengan gandingan seperti ini.

Sayap
Tugas pemain sayap ialah untuk melakukan Take On terhadap Full Back lawan dan menghantar bola untuk disudahkan oleh penyerang. Pemain sayap tradisional lazimnya akan berusaha menewaskan pemain lawan sebelum membuat hantaran silang kepada penyerang yg menunggu di dalam kotak atau kepada pemain tengah yg membuat larian lewat ke dalam kotak.
Dalam bolasepak moden, biasanya pemain sayap akan cuba melakukan cut inside dan membuat hantaran atau cubaan gol. Pemain sayap seperti Arjen Robben dan Riyad Mahrez cukup berbahaya apabila mereka berjaya masuk ke tengah dari bahagian sayap.
Di sebalik tugas menyerang, pemain sayap juga perlu turun bertahan di bahagian sisi.

Pertahanan Kiri/Kanan (Full Back)
Tugas utama pertahanan kiri dan kanan ialah untuk mempertahankan kubu mereka dari serangan pemain sayap dan full back pasukan lawan. Full Back juga boleh menjadi senjata utama apabila menyerang. Pemain yg mempunyai kepantasan dan kebolehan membuat cross boleh membekalkan width kepada pasukan di sayap ketika menyerang serta membenarkan pemain sayap untuk masuk ke kawasan bahaya berhampiran kotak penalti. Pergerakan seperti inilah yg mewujudkan peluang-peluang untuk menjaringkan gol.

Pertahanan Tengah
Pertahanan Tengah (CB) bertanggungjawab mempertahankan pasukan mereka dari dibolosi. Pemain pertahanan tengah seharusnya kuat dalam attribute asas seperti Marking, Tackling, Header, Strength dan juga Anticipation. Pertahanan Tengah juga selalu digunakan untuk melakukan build up dari bawah dengan membuat hantaran-hantaran pendek dan simple.

Kelebihan 4-4-2
a) Fleksibel dan memberi banyak pilihan ketika menyerang. Boleh berubah kepada 4-2-4, 4-4-1-1 atau 2-4-4 yg memberi total control kepada pasukan.
b) Stabil. Mampu menguatkan pertahanan.

Kekurangan 4-4-2
a) Midfield akan lumpuh jika pasukan lawan overload bahagian tengah dengan extra man. 4-3-3 contohnya.
b) Posisi Wing Back mudah terdedah kepada serangan balas apabila naik menyerang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *