Francis Forkey Doe: The Journey Man!

Siapa yang tidak kenal dengan penyerang yang berasal dari Liberia, Francis Forkey Doe. Penyerang yang sudah bermain selama 7 musim di Liga Malaysia ini sudah mewakili 6 pasukan berbeza sejak itu. Memang padanglah kalau kita gelar Francis ni sebagai “The Journey Man”. Mari kita “throwback” sedikit tentang perjalanan Francis Foreky Doe dalam Liga Malaysia.

Forkey Doe menyertai pasukan Terengganu pada musim pertama beliau dalam saingan Liga Malaysia. Pada musim 2012, Forkey Doe berjaya menjaringkan 15 gol dalam saingan Liga Super buat pasukan Terengganu. Pada 2013, beliau menyertai Selangor yang ketika itu dibimbing oleh Irfan Bakti. Namun, perolehan gol Forkey Doe tidaklah sebagus musim sebelumya. Beliau hanya mampu menjaringkan 10 gol buat Selangor dalam saingan Liga Super. Pada musim berikutnya, Forkey Doe menyertai pasukan Kelantan. Sekali lgi, perolehan gol Forkey Doe tidak begitu memberangsangkan. Beliau hanya menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga Super.

Francis Forkey Doe kemudiannya mencuba cabaran dalam saingan Liga Perdana bersama Negeri Sembilan yang ketika itu dikenali sebagai Negeri Sembilan Matrix. Kali ini, beliau menampilkan prestasi cemerlang dengan menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana musim 2015 degan catatan 15 gol. Rentak The Predators tidak terhenti di sini. Pada 2016, beliau kembali ke saingan Liga Super bersama Felda United. Forkey Doe berjaya menjarngkan 15 gol pada musim tersebut, dibezakan 3 gol dengan penjaring terbanyak ketiak itu, Jorge Pereyra Diaz dan 1 gol dibelakang Juan Martin Lucero di tempat kedua.

Musim lalu, Francis Forkey Doe kembali menyertai pasukan Selangor yang ketika itu dilanda pelbagai krisis. Tempoh kali kedua bersama Selangor kali ini berjaya menghasilkan 8 gol dalam saingan Liga Super. Kemana saja beliau pergi, di situlah ada gol. Kisah ini agak sama seperti Zlatan Ibrahimovic. Cuma dibezakan antara trofi dan gl saja. Kemana saja Ibrahmovic pergi, pasti pasukan tu akan menang Liga Utama, kecuali Manchester United lah.

Haa itulah sedikit-sebanyak tentang perjalanan Francis Forkey Doe dalam saingan Liga Malaysia. Mampukah Forkey Doe menynar bersama pasukan pasukan Pahang musim ini ? Itu kita kena tunggu sehingga habis musim ini.

Baca Juga: A.Thamil Arasu: Bakat Yang Disia-Siakan!

Baca mengapa Francis Forkey Doe adalah aset yang diperlukan oleh Dollah Saleh di sini

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *