Gandingan Austin Amutu Dan Patrick Cruz Mampu Julang Pahang?

Penyerang import baru pasukan Pahang, Austin Amutu dilihat sudah sedia diturunkan pada perlawanan Liga Super 2018 apabila pasukan Pahang akan menentang Kedah di Stadium Darul Aman. Austin berkemungkinan bakal digandingkan dengan Patrick Cruz di bahagian serangan. Mampukah gandingan Austin Amutu Dan Patrick Cruz menjulang pasukan Pahang?

Pada awal musim ini, Patrick membentuk satu gandingan mantap bersama Francis Forkey Doe di bahagian serangan pasukan Pahang. Namun, kecederaan yang dialami Doe ketika Pahang menewaskan Kedah pada Mac membuatkan Doe terpaksa berehat lama.

Sejak ketiadaan Doe, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh telah melakukan beberapa eksperimen dengan menggandingkan Patrick bersama pemain muda, R.Kogileswaran dan Wan Zaharulnizam.

Penulis berpendapat Patrick berjaya membentuk satu gandingan mantap bersama Kogi mahupun Wan Zaharulnizam. Namun, perkara tersebut tidak memuaskan hati Dollah dan beliau memutuskan untuk membawa masuk seorang lagi penyerang import.

Pemain import yang dibawa masuk iaitu Austin Amutu adalah satu pilihan yang baik pada pandangan penulis. Amutu pernah bermain dalam saingan Liga Malaysia pada 2015 apabila beliau mewakili pasukan Kelantan.

Jadi Amutu tidak perlukan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga Malaysia. Apa yang perlu dilakukan oleh Amutu hanyalah menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Dollah.

Perlawanan menentang Kedah pada selasa ini akan menjadi ujian pertama bagi Austin Amutu Dan Patrick Cruz untuk menunjukkan bahawa mereka mampu untuk membentuk satu gandingan yang mantap.

Penting untuk kedua-dua pemain ini membentuk gandingan mantap dengan kadar yang segera kerana pasukan Pahang ketika ini sedang dalam usaha untuk mengejar pasukan Perak dan juga Johor Darul Ta’zim. Pahang berada dua mata dibelakang pasukan Perak yang menduduki tangga kedua dan tujuh mata di belakang pasukan pendahulu, Johor Darul Ta’zim.

Apa pendapat anda mengenai gandingan Austin Amutu Dan Patrick Cruz di bahagian serangan pasukan Pahang? Mampukah kedua-dua pemain ini menunjukkan gandingan yang baik sekaligus menjulang pasukan Pahang?

Baca Juga: Pahang Berminat Dengan Austin Amutu?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *