Gandingan Baddrol Dan Nik Akif Perlu Bekerja Keras

Pasukan bawah 23 tahun negara akan menentang pasukan yang diletakkan sebagai pilihan utama untuk memenangi pingat emas Sukan Asia 2018 bagi acara bola sepak iaitu Korea Selatan malam ini. Di sini, penulis mahu membincangkan tentang gandingan pemain tengah negara iaitu Nik Akif dan Baddrol Bakhtiar yang perlu bekerja keras malam ini.

Nik Akif dan Baddrol berkemungkinan besar akan mengawal perancang Korea iaitu Lee Seung-woo. Seung-woo merupakan antara pemain yang dilabel berbahaya dalam pasukan The Taegeuk Warrios selepas pemain sayap Tottenham Hotspur, Son Heung-min.

Sama seperti Son, Seung-woo tidak diturunkan ketika Korea Selatan membelasah Bahrain 6-1 pada perlawanan pertama. Jadi, berkemungkinan besar beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama Korea pada perlawanan menentang Malaysia.

Berkemungkinan besar Seung-woo akan memegang peranan sebagai perancang pasukan dan bakal memberikan sokongan terhadap Son dan pemain yang menjaringkan hatrik pada perlawanan menentang Bahrain, Hwang Ui-jo.

Son berkemungkinan diletakkan di posisi inside forward dan Ui-jo akan diletakkan sebagai penyerang utama. Nik Akif dan Baddrol perlu bekerja keras bagi merantai pergerakan kedua-dua pemain.

Pada perlawanan menentang Kyrgyztan, Nik Akif dan Baddrol dilihat sedikit bergelut untuk membantu barisan pertahanan ketika pasukan negara dalam mod bertahan. Nik Akif juga perlu settle down dengan lebih cepat dan mengurangkan kesilapan.

Apa yang pasti, barisan tengah dan pertahanan negara perlu menampilkan aksi yang bertenaga dan juga cemerlang bagi merantai Son Heung-min, Lee Seung-woo dan Hwang Ui-jo. Gerakan serangan Korea Selatan sudah pasti akan berpaksikan ketiga-tiga pemain ini.

Jika barisan pertahanan serta jentera tengah negara boleh merantai pergerakan ketiga-tiga pemain ini, maka Malaysia berpeluang untuk mengutip satu mata daripada perlawanan malam ini.

Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan bawah 23 tahun negara untuk meraih keputusan positif apabila mereka akan menentang Korea Selatan dalam perlawanan kedua kumpulan E temasya Sukan Asia 2018 malam ini ?

Mampukah Harimau Muda mencipta kejutan sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya ?

Baca Juga: Kecemerlangan “SAS” Sekali Lagi Ditagih Pasukan Negara

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *