Garangnya Fajr Ibrahim Ni!
- Liga Super
- Apr 4, 2018
- No comment
Semenjak mengambil alih jawatan jurulatih ni, banyak perubahan yang dibawa oleh Fajr Ibrahim. Undang-undang tak boleh bawa smartphone adalah perkara pertama yang diterapkan oleh Fajr. Perkara yang kedua ialah cleaning house. Setakat ini, ada 5 pemain yang ditamatkan kontrak oleh pasukan Kelantan. Dan khabarnya, jumlah tersebut bakal bertambah. Garang betul Fajr Ibrahim ni.
Apa yang penulis lihat dalam situasi ini ialah Fajr mahu membawa barisan pemain beliau sendiri pada jendela perpindahan yang akan datang. Baik barisan pemain tempatan mahupun pemain import. Fajr berpendapat sesetengah pemain yang sedia ada dalam pasukan ketika ini tidak sesuai dengan sistem yang akan diterapkan oleh beliau.
Dengan penamatan kontrak beberapa pemain, timbul pertanyaan dalam fikiran penulis. Berapa besarkah bajet yang disediakan oleh presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan bagi menggantikan pemain yang ditamatkan kontrak ini ? Kalau dua atau tiga pemain mungkin tidak besar. Tetapi di sini sampai 5 pemain. Bajet yang diperlukan mungkin agak besar.
Tapi lainlah kalau mereka nak gantikan pemain yang ditamatkan kontrak ini dengan pemain muda daripada skuad Piala Presiden Kelantan. Jadi dana yang harus dikeluarkan tidaklah besar.
Seterusnya, mampukah pasukan Kelantan bersaing dalam Liga menggunakan pemain yang sedia ada ? Ketika ini pasukan Kelantan hanya mempunyai 3 pemain import iaitu Mohammed Ghaddar, Do Dong-hyun dan Cassio de Jesus. Ferdinand Sinaga telah dilepaskan manakala Bruno Lopes mengalami kecederaan.
Dengan kekurangan pemain ini pastinya satu cabaran getir yang harus dihadapi oleh Fajr Ibrahim. Beliau harus bijak mengatur langkah andai berlaku kecederaan terhadap para pemain.
Akhir sekali, jika Bibi Ramjani berbelanja besar bagi menggantikan pemain yang digugurkan, maka sasaran yang diletakkan di bahu Fajr sudah pasti sasaran yang lebih besar dari sekadar keluar dari zon penyingkiran. Mungkin sasaran untuk menamatkan saingan Liga Super di kalangan 4 pasukan terbaik.
Walau apa pun, penulis mahu mengucapkan selamat datang ke saingan Liga Malaysia yang kejam dan sukar ini kepada Fajr Ibrahim. All the best coach!
Baca Juga: Kelantan Dalam Proses Pengubahsuaian ?