Gyeongnam FC Lawan JDT Dalam Kumpulan E

Kelab yang berpangkalan di Gyeongsangnam-do, Gyeongnam FC berjaya menjadi naib juara dalam saingan K League 1 musim 2018 sekaligus layak untuk beraksi dalam saingan Asia Champions League (ACL) dimana mereka diletakkan dalam kumpulan E disamping pasukan Johor Darul Ta’zim.

Pada perlawanan terakhir liga sebentar tadi, Gyeongnam berjaya menewaskan pasukan Suwon Samsung Bluewings dengan keputusan 2-1 dimana Kim Hyo-gi dan Takahiro Kunimoto menjaringkan gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua bagi memberikan kemenangan buat Gyeongnam FC.

Untuk makluman, pentas Asia Champions League (ACL) tahun hadapan merupakan penampilan pertama Gyeongnam.

Dengan satu slot sudah diketahui, dua lagi slot iaitu E3 dan E4 dalam kumpulan E akan diisi oleh pasukan yang memenangi Chinese FA Cup dan juga pasukan yang memenangi kejohanan Emperor’s Cup.

Shandong Luneng dan Beijing Sinobo Guoan akan berentap pada perlawanan akhir Chinese FA Cup dimana perlawanan akhir ini akan berlangsung secara timbal balik. Hari ini akan berlangsung perlawanan akhir pertama manakala perlawanan akhir kedua akan berlangsung pada 30 November nanti.

Pasukan yang tewas dalam 2018 Chinese FA Cup akan berada dalam slot play-off untuk bertemu pemenang diantara naib juara Thai League 1, Bangkok United dan Hanoi FC.

Bagi kejohanan Emperor’s Cup pula, menurut laporan Vocket FC, ketika ini ada 3 pasukan sedang bersaing hebat untuk cuba menamatkan saingan liga dikedudukan kedua – Sanfrencce Hiroshima, Kashima Antlers dan Consadole Sapporo.

Salah satu dari kelab diatas akan berada dalam posisi E4 dalam kumpulan E dan sekiranya berjaya mengatasi pemenang diantara Newcastle Jets / Home United / Juara Liga 1 Indonesia akan memberikan saingan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim di AFC Champions League 2019 nanti.

Apa yang pasti, JDT bakal menerima cabaran hebat dalam saingan peringkat kumpulan kelak kerana pasukan yang sudah layak dan berpotensi untuk layak mempunyai kekuatan serta kelebihan yang tersendiri.

Selain JDT, satu lagi pasukan iaitu Perak akan beraksi di peringkat playoff terlebih dahulu dimana mereka dijadualkan bertemu pasukan Kitchee FC.

Baca Juga: Johor Darul Ta’zim Diletakkan Dalam Kumpulan E

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *