Hadi Fayyadh Pukau Media Jepun
- Luar Negara
- Sep 21, 2018
- No comment
Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak mendapat perhatian daripada media Jepun dan mereka menyifatkan Hadi sebagai pemain yang berani mengambil cabaran dengan beraksi dalam saingan J League.
Hadi kini menjalani sesi latihan bersama kelab Liga Jepun (J2), Fagiano Okayama. Sebelum berlatih bersama Okayama, Hadi sebelumnya menjalani latihan bersama Ruasso Kumamoto.
Media Jepun turut memuji sikap Hadi Fayyadh yang mahu menjadi setanding pemain Thailand yang turut menimba pengalaman di Liga Jepun iaitu Chanathip Songkrasin yang kini beraksi bersama Consadole Sapporo, Teerasil Dangda bersama Sanfrecce Hiroshima dan Theeraton Bhunmatan yang beraksi bersama Visel Kobe.
Dalam masa yang sama, Hadi mengakui peluang berlatih dengan skuad senior Fagiano Okayama sebagai medan terbaik untuk membantunya meningkatkan prestasi.
“Sememangnya menjadi cita-cita saya untuk bermain di Jepun dan terima kasih kepada Yakult Malaysia atas usaha mereka membantu saya mendapatkan peluang ini.
“Latihan saya berjalan lancar dan saya melihat banyak perbezaan berkaitan kaedah latihan yang digunakan serta pemain di sini juga sangat bagus, berani untuk belajar benda baru dan tidak takut untuk membuat silap.
“Mereka mempunyai kemahiran yang baik, laju dan saya berasakan boleh menjadi pemain yang baik jika berlatih di sini,” katanya kepada Berita Harian.
Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim ini juga mengucapkan terima kasih kepada Yakult Malaysia yang telah berusahan keras untuk membawa beliau menjalani latihan di Jepun.
“Alhamdulillah, latihan saya berjalan dengan lancar di mana saya melihat banyak perbezaan berkaitan kaedah latihan yang di gunakan dan ia memang impian saya bermain di Jepun sejak kecil lagi, Alhamdulillah, Yakult Malaysia telah membawa saya ke sini sekali lagi bagi merealisasikan impian saya.
“Pemain-pemain di sini sangat bagus, berani untuk belajar benda baru dan tidak takut untuk membuat silap. Mereka mempunyai kemahiran yang baik, laju dan saya merasakan saya boleh menjadi pemain yang baik jika berlatih di sini,” kata Hadi Fayyadh kepada Utusan.
Baca Juga: Hadi Fayyadh Abdul Razak Berangkat ke Jepun