Hafiz Ramdan Patut Beraksi Bersama Pasukan Besar

Pemain sayap PKNP FC, Mohamad Hafiz Ramdan mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Kami berpendapat beliau patut beraksi bersama pasukan yang lebih besar pada saingan musim hadapan.

Sebelum bermulanya musim 2018, para peminat hanya menjangkakan Shahrel Fikri Fauzi sabaha yang akan beraksi dengan cemerlang bersama PKNP FC. Ini kerana Shahrel berjaya menjaringkan 11 gol dalam saingan Liga Perdana.

Akan tetapi, Hafiz membuktikan ramai pihak silap apabila beliau mempamerkan aksi yang bertenaga sepanjang musim. Kemampuan serta keupayaan Hafiz semakin menonjol apabila Shahrel Fikri meninggalkan pasukan pada pertengahan musim bagi menyertai Nakhon Ratchasima. PKNP kemudiannya bergantung kepada beliau untuk merencanakan gerakan serangan.

Hafiz menjaringkan tiga gol dalam saingan Liga Super dan beliau berjaya membantu PKNP kekal dalam saingan Liga musim hadapan dalam musim pertama mereka beraksi dalam Liga Super.

Selain beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga, pemain berusia 25 tahun ini juga beraksi dengan baik dalam saingan Piala Malaysia namun beliau gagal untuk membantu PKNP mara ke peringkat suku akhir. PKNP menamatkan saingan di peringkat kumpulan dan menduduki tangga tercorot.

Ketika beraksi bersama PKNP, Hafiz diletakkan di dua posisi sama ada sebagai left back dan juga sebagai sayap kiri pasukan. Beliau berjaya menampilkan prestasi yang baik ketika beraksi di dua posisi ini.

Apa yang pasti, kemampuan serta kualiti yang dimiliki oleh Hafiz Ramdan mampu dipertingkatkan jika beliau beraksi bersama pasukan yang lebih besar pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Pasukan seperti Selangor, Melaka United dan juga Felda United dilihat pasukan yang sesuai buat Ramdan jika beliau mahu bermain dengan pasukan yang lebih besar.

Apa pendapat anda mengenai prestasi pemain sayap PKNP FC sekaligus ketua pasukan, Hafiz Ramdan dalam saingan Liga Malaysia musim 2018 ? Pasukan besar manakah yang sesuai bagi Hafiz untuk meningkatkan lagi kualiti serta corak permainan beliau ?

Baca Juga: 5 Pemain Muda Yang Boleh Dibeli Johor Darul Ta’zim

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *