Hafizul Hakim Mampu Kukuhkan Status Penjaga Gol Nombor 1 ?

Posisi penjaga gol pasukan negara telah diisi oleh beberapa nama terhebat dalam saingan Liga Malaysia dalam 8 tahun terakhir. Nama seperti Khairul Fahmi dan Farizal Marlias menjadi satu nama yang sinonim dengan pasukan kebangsaan. Kini, ada pencabar baru kepada dua penjaga gol berpengalaman negara ini. Nama beliau ialah Hafizul Hakim.

Hafizul mula mendapat peluang untuk mewakili skuad kebangsaan apabila beliau beraksi cemerlang bersama pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia musim lalu. Berkat kecemerlangan beliau, jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu, Nelo Vingada telah memanggil Hafizul untuk menyertai kempen kelayakkan Piala Asia 2019.

Detik paling diingati Hafizul sudah pasti ketika beliau menyelamatkan sepakan penalti pemain Hong Kong yang berjaya memberikan satu mata buat Malaysia. Dan satu mata itulah yang menjadi mata yang mampu dikutip oleh pasukan negara dalam kempen kelayakkan. Sepanjang kempen kelayakkan, pasukan negara meraih satu keputusan seri dan tewas 5 perlawanan.

Musim ini, Hafizul sekali lagi beraksi dengan cemerlang bersama pasukan Perak. Setakat ini, Hafizul mempunyai 2 clean sheets dalam saingan Liga. Beliau juga diberi kepercayaan oleh Mehmet Durakovic untuk bermain dalam kesemua perlawanan Liga. Di sini, jelas Hafizul mempunyai minit bermain yang banyak.

Ketika perlawanan antara Malaysia menentang Lebanon, Hafizul Hakim beraksi dengan baik meskipun melepaskan dua gol pada awal serta penghujung perlawanan. Ada beberapa saves penting yang dibuat oleh Hafizul bagi memastikan pintu gol negara tidak dibolosi dengan banyak gol.

Kami berpendapat Hafizul ialah pilihan yang tepat untuk mengawal pintu gol pasukan kebangsaan. Jika kita nak bandingkan prestasi beliau dengan pemain muda, Hafizul lebih menyerlah. Begitu juga dengan perbandingan antara Hafizul dengan pemain senior. Jauh bezanya.

Apa pendapat anda mengenai pemilihan Hafizul Hakim sebagai penjaga gol utama pasukan kebangsaan ? Adakah beliau pemain yang tepat untuk mengawal pintu gol negara ? Ataupun ada pemain muda mahupun pemain senior yang lebih layak untuk diturunkan berbanding Hafizul Hakim ?

Baca Juga: Nazmi Faiz, Maestro Baru Pasukan Kebangsaan ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *