Hari Terakhir Liga Perdana

Pasukan mana yang memenangi mahkota kejuaraan Liga Perdana akan diketahui pada hari ini. Pasukan Kuala Lumpur ketika ini yang sedang memimpin liga akan bertandang ke Stadium Pasir Gudang untuk menentang Johor Darul Ta’zim ll. Pasukan Terengganu pula akan menghadapi pasukan PKNP FC sambil mengharapkan Kuala Lumpur keciciran mata.

Saingan bagi kejuaraan Liga Perdana pada musim ini sememangnya sengit bermula dari awal musim lagi. Empat pasukan saling memberikan saingan antaranya Negeri Sembilan, PKNP FC, Kuala Lumpur dan Terengganu. Namun akhirnya, hanya dua pasukan yang mampu bertahan bagi memburu kejuaraan.

Perlawanan lain yang akan berlangsung hari ini ialah Negeri Sembilan akan berkunjung ke Stadium Likas untuk menentang Sabah. UiTM FC akan menentang Kuantan FA. MISC Mifa akan menentang PDRM manakala ATM FA akan menentang Perlis.
Selain kejuaraan Liga yang menjadi tumpuan, tiga pasukan juga sedang berjuang untuk mengekalkan status mereka dalam Liga Perdana musim hadapan.

ATM, MISC-Mifa dan juga pasukan Perlis terdesak untuk mengutip kemenangan dalam perlawanan masing-masing. Perlis setakat ini mengumpul 12 mata manakala MISC-Mifa dan ATM mengumpul 11 mata. Salah satu daripada pasukan tersebut akan kekal. Manakala dua pasukan akan terhumbang ke Liga FAM pada musim hadapan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *