Harimau Malaya Seri Dengan Gajah Perang
- Harimau Malaya
- Dec 1, 2018
- No comment
Malaysia meraih keputusan seri apabila berdepan dengan pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe nyata bermula garang apabila memulakan dengan terus memberikan tekanan terhadap benteng pertahanan pasukan lawan. Beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol diperoleh oleh barisan serangan pasukan negara namum gagal dijelmakan kepada jaringan.
Peluang terbaik untuk Malaysia membuka tirai jaringan menerusi Mohamadou Sumareh namun percubaan beliau sekadar melewati tiang gol Thailand.
Ketumpulan barisan serangan nyata menjadi satu-satunya faktor Harimau Malaya gagal untuk meraih kemenangan. Zaquan Adha dan Norshahrul Idlan Talaha tidak berjaya mengulangi prestasi cemerlang seperti sebelum ini. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Memasuki separuh masa kedua, para pemain Malaysia tidak sedikitpun mengendurkan rentak serangan dan terus menguji barisan pertahanan lawan. Namun, barisan serangan sekali lagi gagal untuk menyempurnakan peluang yang terhidang.
Pada perlawanan sebentar tadi, pasukan Thailand dilihat tidak beraksi bola sepak sebenar mereka dan banyak bertahan sepanjang perlawanan. Perkara ini turut diakui oleh ketua jurulatih pasukan, Milovan Rajevac yang menyifatkan sokongan padu daripada penonton serta permainan cemerlang pemain negara menyukarkan mereka untuk menampilkan aksi sebenar.
Dengan keputusan seri sebentar tadi, peluang untuk pasukan negara mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 masih ada dan para pemain perlu menampilkan aksi terbaik mereka pada perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok pada 5 Disember nanti.
Skuad Harimau Malaya beraksi dengan sangat baik dan corak permainan Tan Cheng Hoe mula menampakkan hasil apabila setiap bahagian beraksi dengan cemerlang.
Baca Juga: Malaysia Tak Rela Kehilangan Rekod