Harimau Muda Berdepan Tugas Berat

Pasukan bawah 23 tahun negara akan berdepan tugas berat apabila bakal turun menentang juara bertahan, Korea Selatan pada esok. Semalam, pasukan bimbingan Kim Hak-bum membelasah pasukan Bahrain dengan keputusan 6-0.

Pada perlawanan semalam, bintang utama pasukan Korea, Son Heung-min tidak diturunkan dan hanya memanaskan bangku simpanan. Namun, the Taeguk Warriors masih lagi berbisa apabila penyerang Gamba Osaka, Hwang Ui-joo meledak hatrik pada minit ke-17, 36 dan 43.

Tiga lagi gol pasukan Korea dijaringkan oleh Kim Jinya pada minit ke-23, Na Sang-ho pada minit ke-41 dan penyerang gantian, Hwang Hee Chan melengkapkan kemenangan bergaya Korea dengan meledak gol menarik menerusi sepakan percuma pada minit ke-93.

Dengan Son diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan semalam, ini bermakna beliau akan diturunkan dalam perlawanan menentang pasukan negara pada esok. Dan perkara ini bakal memberikan satu tugas yang berat buat pemain negara.


(Photo by Chung Sung-Jun/Getty Images)

Son mempunyai kelebihan untuk beraksi sama ada sebagai penyerang utama ataupun sebagai pemain sayap. Jika beliau diletakkan di posisi sayap, Rizal Ghazali atau Syazwan Andik perlu menggandakan usaha mereka bagi merantai pergerakan pemain Tottenham Hotspur ini.

Jika Son diletakkan di posisi penyerang utama, back three pasukan negara perlu bekerja keras bagi memastikan Son tidak menembusi benteng pertahanan negara sekaligus membuat percubaan ke arah gawang.

Belum lagi kita menambah pemain seperti Hwang Ui-jo yang menjaringkan hatrik semalam dan bekas pemain akademi Barcelona, La Masia iaitu Lee Seung-woo yang bakal memberikan bantuan kepada Son di jentera serangan pasukan Korea.

Apa yang penting, pemain negara perlu menggandakan usaha mereka bagi menyekat kemaraan pasukan Korea. Sekiranya anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee berjaya mengutip sekurang-kurangnya satu mata, maka peluang Malaysia untuk mara ke peringkat seterusnya dilihat cerah.

Apa pendapat anda mengenai kehadiran Song Heung-min dalam kesebelasan utama pasukan Korea Selanatn pada perlawanan menentang pasukan negara pada esok ? Mampukah Harimau Muda meraih keputusan positif sekaligus mencerahkan peluang untuk melangkah ke pusingan seterusnya ?

Baca Juga: Sukan Asia 2018: Harimau Muda Baham Kyrgyztan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *