Jangan Ganggu Fokus Pemain

Kecoh di media sosial ketika ini apabila peminat bola sepak air sedang rancak untuk menghasut kenalan mereka bagi memberikan sokongan kepada Malaysia yang akan menentang Myanmar pada esok. Akan tetapi, ada satu perkara yang dianggap boleh menggangu fokus pemain negara.

Apa perkara yang boleh menggangu fokus pemain negara ? Ya berita mengenai perpindahan pemain ke pasukan baru bagi saingan Liga Malaysa musim hadapan. Penulis ambil contoh paling mudah di sini iaitu mengenai transfer saga Akhyar Rashid yang dikatakan mahu beraksi bersama Johor Darul Ta’zim.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menyatakan bahawa Akhyar ada menghantar transfer request kerana beliau mahu menyertai JDT. Namun, KFA belum mengambil sebarang tindakan kerana pihak JDT sendiri belum menghantar hitam dan putih mengenai hasrat mereka untuk mendapatkan Akhyar.

Lantas, pemain berusia 19 tahun ini telah membawa permasalahan perpindahan beliau kepada pengetahuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FAM memberikan tempoh 10 hari untuk KFA menyelesaikan perkara ini.

Apabila rakyat bola sepak tanah air mendapat perkahabaran ini, bermacam-macam spekulasi, cemuhan dan juga kritikan dilemparkan. Perkara ini sedikit sebanyak boleh menjatuhkan fokus dan perhatian pemain yang terbabit menjelang perlawanan getir menentang pasukan Myanmar pada esok.

Penulis nak nasihatkan tak usahlah kita timbulkan sebarang berita atau spekulasi melibatkan pemain yang berjuang untuk negara sekarang ini. Bagi pasukan-pasukan yang berminat nak dapatkan pemain negara, tunggulah sehingga saingan Piala AFF tamat. Kalau pemain tersebut tidak beraksi bersama pasukan kebangsaan tidak mengapa. Anda nak borong pun penulis tak kisah.

Biarlah pemain pasukan kebangsaan memberikan sepenuh fokus dan perhatian mereka dalam memastikan Malaysia mara sejauh mungkin dalam saingan Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

Pasukan senior kita bukan selalu menjejakkan kaki di perlawanan akhir apatah lagi memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa. Ketika ini kita berpeluang untuk memenangi trofi yang kali terakhir dimenangi pada edisi 2010 lalu. Jadi jangan jadi spoiler.

Baca Juga: Posisi Khairul Fahmi Belum Terjamin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *