Jawatankuasa Eksekutif PAFA Buat Pusingan U
- Liga Super
- Nov 22, 2018
- No comment
Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengubah fikiran dimana mereka tidak mahu menunggu bekas presiden, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim untuk membuat keputusan sama ada kembali menyertai persatuan tersebut ataupun tidak.
Mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif (JE) pada 13 November lalu menolak peletakan jawatan Hasnul dan memberi tempoh selama 14 hari untuk Hasnul mempertimbangkan semula keputusan beliau. Tetapi kini keadaan sudah berubah.
Hasnul dikatakan tetap dengan pendirian beliau yang mahu mengundurka diri kerana tekanan daripada ramai pihak setelah kontroversi membabitkan layanan beliau terhadap trofi Piala Malaysia. Selain itu, penyokong setia The Boss Gaurus mahukan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi presiden baru PAFA.
Menurut laporan Stadium Astro, seorang sumber memberitahu kepada mereka bahawa JE mahu menyerahkan kerusi presiden kepada Ahmad Faizal agar tidak menjejaskan persiapan pasukan.
“Datuk Seri Ahmad Faizal adalah orang paling layak menerajui PAFA ketika ini. JE sedar perkara itu dan sehubungan itu mahu proses peralihan kuasa kepada Menteri Besar Perak itu akan berjalan segera. Banyak perkara yang belum selesai dan masa juga berlalu pantas.”
Tambah sumber tersebut, JE juga sudah menghantar surat kepada Datuk Seri Ahmad Faizal bagi mengadakan pertemuan unyuk membincangkan perkara tersebut.
PAFA ketika ini menghadapi kemelut kepimpinan kerana bukan sahaja Hasnul Zulkarnain yang meletak jawatan malah Timbalan Presiden, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, juga meletak jawatan.
Apa yang pasti, PAFA perlu segera menyelesaikan kemelut kepimpinan yang sedang melanda persatuan ketika ini agar persiapan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2019 tidak terganggu.
Tugas sukar menanti pasukan Perak pada musim 2019 dimana mereka bukan saja perlu mengekalkan momentum cemerlang setelah memenangi Piala Malaysia 2018, Perak juga bakal beraksi di peringkat kelayakkan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.
Untuk memberikan saingan, Perak perlu membawa masuk pemain berkualiti dan seharusnya mereka segera memulakan tugas agar pemain yang dibawa masuk boleh menyesuaika diri dengan suasana pasukan serta corak permainan yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Mehmet Durakovic.
Baca Juga: PAFA Mahu Hasnul Teruskan “Perjuangan”