JDT Lepaskan Marcos Antonio Dan Fernando Elizari
- Piala Malaysia
- Oct 22, 2018
- No comment
Juara Liga Super musim 2018, Johor Darul Ta’zim mengambil keputusan untuk melepaskan dua pemain import mereka, Marcos Antonio dan Fernando Elizari setelah menamatkan saingan Piala Malaysia 2018.
Perkara ini diumumkan oleh JDT menerusi laman media sosial rasmi mereka, Johor Southern Tigers pada semalam.
Thank you for the beautiful season and all your services to Johor Darul Ta’zim since 2014 , Marcos Antonio. You will always be our legend and we wish you all the best. pic.twitter.com/CKUK0Bno4d
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 21, 2018
Thank you for the beautiful season and all your services to Johor Darul Ta’zim in 2018, Fernando Elizari. We wish you all the best. pic.twitter.com/71hhY8NuWS
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 21, 2018
Marcos menyertai JDT pada pertengahan musim 2014 dan beliau serta merta menjadi nadi utama pasukan di bahagian pertahanan. Bekas pemain pertahanan FC Nurnberg ini juga menjadi salah satu pemain yang membantu JDT memenangi Piala AFC edisi 2015.
Bagi Elizari pula, beliau dibawa masuk pada pertengahan musim ini disamping Fernando Marquez bagi memperkemaskan bahagian tengah pasukan. Prestasi cemerlang Elizari membuatkan beliau selalu menjadi pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dan menolak Safiq Rahim ke bangku simpanan.
Keputusan JDT untuk melepaskan Elizari ini sedikit-sebanyak menimbulkan tanda-tanya di kalangan peminat kerana pemain dari Argentina ini beraksi dengan cemerlang sepanjang menyarung jersi JDT.
Kelincahan serta kawalan bola beliau kerap kali memberikan kesukaran kepada barisan pertahanan lawan. Untuk rekod, Elizari telah menjaringkan dua gol sejak bersama JDT.
Apa yang pasti, keputusan untuk melepaskan Marcos Antonio dan Fernando Elizari ini dilihat sebagai langkah untuk membawa masuk pemain yang mempunyai kualiti lebih tinggi bagi menghadapi saingan Asia Champions League (ACL) musim hadapan.
Untuk menggantikan Marcos, JDT telah membawa masuk bekas pertahanan Lazio, Spartak Moscow dan Sporting Lisbon, Mauricio dos Santos Nascimento.
JDT are pleased to announce the signing of Brazilian defender Mauricio dos Santos Nascimento. The former Lazio, Spartak Moscow & Sporting Lisbon defender joins JDT’s 2019 squad that becomes the first Malaysian side to play in the AFC Champions League.
Welcome, Mauricio! pic.twitter.com/wdt8gJNJOv
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 22, 2018
Baca Juga: Malaysia Dan Asia Kehilangan Tokoh Bola Sepak