Jersi Terbaik Liga Super Pilihan Inikan Bola!

Saban tahun Liga Malaysia kita ni diwarnai dengan macam-macam perkara. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Kali ini kamu mahu bercakap dengan perkara positif dalam Liga Malaysia. Kami di Inikan Bola sudah membuat pilihan tentang pasukan Liga Super mana yang mempunyai jersi terbaik dan paling cantik musim ini. Jersi mana yang kami pilih sebagai jersi tercantik ?

12. PKNP FC

Sumber Gambar: PKNP FC

Jersi PKNP FC musim ini dilihat agak “simple”. Jersi “home” mereka masih lagi menggunakan warna hitam dan jingga manakala jersi “away’ mereka pula menggunakan gabungan warna biru dan sedikit warna hitam di bahagian lengan.

11. PKNS FC

Sumber Gambar: FourFourTwo

Jersi “home” PKNS FC musim ini memfokuskan hanya kepada warna jingga. Bagi jersi “away” mereka pula, kita boleh melihat gabungan warna merah dan jingga. Tapi kami lebih tertarik kepada jersi “alternate” PKNS. Gabungan warna biru kelihatan lebih kemas.

10. Melaka United

Sumber Gambar: MUSA

Jersi Melaka musim ini lebih kemas berbanding musim lepas. Jersi “home” Melaka seperti biasa terdapat warna hijau dan putih, namun kelainan musim ini ialah terdapat butang pada kedua-dua jersi mereka. Jersi “alternate” mereka pula ialah gabungan warna merah, putih dan sedikit warna biru gelap. Kalau musim lepas macam sponsr bergerak, tapi tidak tahun ni. Haha

9. Terengganu FC


Sumber Gambar: Terengganu FC

Hitam dan Putih sememangnya warna yang sudah identik dengan pasukan Terengganu. Musim ini mereka mengeluarkan jersi “home” yang mempunyai corak jalur hitam diikuti putih. Bagi jersi “away” pula warna dominan pada jersi mereka ialah hitam diikuti putih.

8. Kuala Lumpur

Sumber Gambar: KLFA

Corak pada jersi “home” Kuala Lumpur musim ini tidak banyak berbeza daripada musim lepas. Untuk musim ini, mereka menggunakan corak yang sama pada jersi “home” dan “away” mereka, cuma dibezakan dengan warna merah pada jersi “home” dan warna biru pada jersi “away”. Untuk jersi “alternate” The City Boy menggunakan warna unggu sebagai warna utama.

7. Negeri Sembilan

Sumber Gambar: PBNS

Negeri Sembilan masih lagi menggunakan gabungan warna hitam dan kuning pada jersi “home” mereka ditambah dengan sedikit corak berjalur di hadapan. Corak jalur ini juga terdapat pada jersi “away” mereka hanya saja warna untuk jersi “away” mereka adalah warna merah.

6. Pahang

Sumber Gambar: Pahang FA

Jersi Pahang musim ini sekali lagi ditaj aoleh FILA. Corak jersi “home” dan “away” mereka sama cuma dibezakan dengan warna saja. “Home” berwarna kuning manakala “away” berwarna kelabu.

5. Kedah

Sumber Gambar: Kedah FA

Corak pada jersi Kedah musim ini tidak sebagus corak pada musim lepas. Ada beberapa corak yang menurut kami boleh dipertingkatkan lagi. Seperti corak pada sebelah kiri jersi “home”. Pada jersi “away” kami berpendapat masih lagi bagus walaupun meniru bulat-bulan jersi “home” kelab Perancis, LOSC-Lile.

4. Perak

Sumber Gambar: Perak The Boss Gaurus

Sama seperti Kedah dan Negeri Sembilan, jersi “home” Perak juga menggunakan warna kuning dan dicampur dengan sedikit warna hitam. Pada jersi “away” Perak pula, warna merah dicampur sedikit dengan warna hitam di bahagian bawah.

3. Johor Darul Ta’zim

Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

Jersi yang dipakai oleh juara Liga Super ini kelihatan sama seperti “template” yang digunakan oleh beberapa pasukan ternal di dunia antaranya Perancis, England dan Portugal. Jersi mereka kali ini antara jersi paling “simple” tetapi berharga premium.

2. Selangor

Sumber Gambar: Selangor FA

Jersi Selangor bagi musim ini menampilkan sedikit kelainan. Corak 11 pada jersi “home” mereka bermaksud jumlah kejuaraan Piala Malaysia yang dimiliki oleh legenda pasukan, Almarhum Mokhtar Dahari. Manakala sedikit warna hijau di situ adalah warna kegemaran Supermokh. Tetapi yang paling menarik perhatian ialah jersi “alternate” mereka yang kelihatan seperti jersi kelab Perancis, Paris Saint-Germain.

1. Kelantan.

Sumber Gambar: KAFA

Kita sedia maklum jersi Kelantan sebelum ini seperti papan tanda bergerak. Banyak betul logo sponsor yang dilekatkan! Tetapi, untuk musim 2018, jersi mereka nyata lain daripada sebelum ini. Gabungan warna merah cerah dan seikit merah gelap pada jersi “home” merena kelihatan kemas, ditambah pula dengan logo BMW. Memang merecik! Selain jersi “home” mereka, kami juga tertarik dengan rekaan jersi “away” Kelantan. Gabungan warna biru dan sedikit warna merah nyata sesuai.

Haa itulah dia! Kami memilih Kelantan sebagai pemenang jersi terbaik dan paling menarik musim ini. Kelainan jersi pasukan Liga Super musim ini sedikit sebanyak merancakkan lagi perjalanan Liga kita. Anda ada pendapat lain mengenai jersi terbaik Liga Super musim 2018 ? Mari kongsikan dengan kami! Long live local football!

Baca Juga: 5 Pasukan Rivals Yang Berkongsi Stadium!

Anda mahu lihat pendapat pakar yang lain mengenai jersi terbaik Liga Super musim 2018 ? Baca di sini

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *