Johor Darul Ta’zim Dan Kpah Sherman Didenda

Juara Liga Super musim 2018, Johor Darul Ta’zim dan pemain import MISC-Mifa, Kpah Sherman didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di atas kelakuan keduanya pada perlawanan menentang Kelantan dan juga Kedah.

JDT didenda sebanyak RM15,000.00 setelah penyokong mereka menyalakan suar pada perlawanan Piala Malaysia 2018 menentang Kelantan pada 25 Ogos 2018 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Menurut Datuk Baljit Singh Sindu, JDT dihukum kerana Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakan penyokong Pasukan Negeri Johor yang membakar dua puluh lima (25) batang suar semasa perlawanan tersebut.

Selain didenda, JDT juga diberikan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Bagi Kpah Sherman pula, beliau didenda akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menerjah keras mengenai bahagian lutut pemain pasukan Kedah, Liridon Krasniqi. Kpah bertindak sedemkkian apabila kedua-dua pasukan bertemu pada 26 Ogos 2018 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Hukuman yang dikenakan ke atas Kpah berupa penggantungan tiga perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Penggantungan tiga perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Piala Malaysia 2018 di antara Kelantan melawan MIFA pada 31 Ogos 2018 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Piala Malaysia 2018 di antara MIFA melawan Johor Darul Ta’zim pada 16 September 2018.

iii) Perlawanan Piala Malaysia 2018 (SUKU AKHIR) jika layak dan jika tidak layak penggantungan akan dibawa ke Perlawanan Rasmi yang pertama yang berikutnya.

Selain JDT dan Kpah Sherman, FAM turut mengenakan denda ke atas beberapa pemain pasukan Sukma Terengganu dan juga Johor kerana bergaduh ketika perlawanan peringkat kumpulan.

Tiga pemain Terengganu dan tiga pemain Johor masing-masing digantung tiga perlawanan dan khidmat mereka terpaksa dilupakan. Enam pemain ini akan kembali dibenarkan beraksi jika Terengganu atau Johor mara ke perlawanan akhir Sukma 2018 di Perak.

Baca Juga: Matematik Piala Malaysia Dan Piala Cabaran 2018

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *