Johor Darul Ta’zim Diletakkan Dalam Kumpulan E
- Luar Negara
- Nov 22, 2018
- No comment
Majlis undian bagi menentukan perjalanan saingan Liga Juara- Juara Asia (ACL) 2019 telah berlangsung sebentar tadi dan juara Liga Super Malaysia 2018, Johor Darul Ta’zim diletakkan dalam kumpulan E.
The #ACL2019 Group Stage draw results. Who will be crowned the kings of Asia? pic.twitter.com/pTUnvRgKel
— AFC Champions League (@TheAFCCL) November 22, 2018
Dalam kumpulan E, JDT bakal bersaing dengan pasukan yang menduduki tangga ketiga dalam saingan K League musim 2018. Berkemungkinan besar JDT bakal menghadapi pasukan Ulsan Hyundai yang menghuni tangga ketiga ataupun Gyeongnam FC yang menghuni tangga kedua kerana kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan satu mata saja.
Dua lagi slot akan diisi oleh pasukan yang beraksi di peringkat kelayakkan. Satu slot akan disi oleh pasukan yang memenangi perlawanan playoff 3.2 zon Timur manakala satu lagi slot akan diisi oleh pasukan yang memenangi perlawanan playoff 3.4 zon Timur.
Bagi playoff 3.2, Bangkok United akan menghadapi pasukan Hanoi FC di peringkat kelayakan 2. Pemenang akan menghadapi pasukan yang menduduki tangga keempat dalam saingan China Super League musim 2018.
Bagi playoff 3.4 pula, Newcastle Jets akan menunggu pemenang daripada perlawanan kelayakan 1 diantara pasukan Home United menentang juara Liga 1 Indonesia. Pemenang dalam perlawanan ini akan menghadapi pasukan yang menghuni tangga keempat dalam saingan J League 2018.
Satu lagi pasukan dari Liga Malaysia, Perak bakal berdepan kelab Hong Kong, Kitchee FC pada perlawanan kelayakan kedua. Jika berjaya menewaskan Kitchee, Perak akan berdepan kelab yang menduduki tangga keempat dalam saingan K League 2018 pada perlawanan playoff 3.1 zon Timur.
Jika perak berjaya menewaskan pasukan Korea tersebut, maka mereka akan diletakkan dalam kumpulan umpulan H bersama kelab A League, Sydney FC, kelab J League, Kawasaki Frontale dan kelab China Super League, Shanghai SIPG.
Apa yang pasti, diharapkan Johor Darul Ta’zim dan Perak dapat menampilkan aksi terbaik mereka bagi membuktikan bahawa pasukan dari Liga Malaysia mampu untuk memberikan cabaran kepada kelab-kelab besar di rantau Asia.
Baca Juga: Aaron Niguez Sah Menyertai Johor Darul Ta’zim