Johor Darul Ta’zim Gagal Sekat Dominasi Pasukan Pahang
- Piala FA
- Apr 21, 2018
- No comment
Dominasi pasukan Pahang nyata disekat oleh Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2018 semalam. Patrick Cruz menjadi wira bagi Pahang apabila jaringan hatrik beliau memusnahkan harapan JDT untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Pada separuh masa pertama, pasukan Pahang sememangnya sukar digugat oleh lawan mereka. Barisan tengah dan juga pertahanan Pahang bermain dengan sangat kemas apabila mereka berjaya mematahkan segala gerakan serangan yang dilakukan oleh JDT.
Penguasaan awal mereka juga membuahkan hasil apabila mereka memperoleh gol seawal minit kesembilan. Kami tertarik dengan persembahan Nor Azam Azih yang berjaya mengawal jentera tengah pasukan Pahang dengan amat baik. Safuwan Baharuddin juga bertindak cemerlang dengan menjadi pelindung kepada Nor Azam.
Bagi Johor Darul Ta’zim pula, barisan serangan dan juga pertahanan mereka nyata sangat mengecewakan. Trio serangan yang diturunkan dalam kesebelasan utama gagal untuk menunjukkan persembahan yang baik. Barisan pertahanan Pahang dilihat muda untuk mematahkan segala gerakan mereka.
Di bahagian pertahanan pula, segalanya tidak menjadi. Fadhli Shas dan Marcos Antonio dilihat tidak dapat mengekang asakan daripada dua penyerang Pahang iaitu Patrick Cruz dan juga R.Kogileswaran. Kesilapan Fadhli juga menyumbang kepada gol kedua pasukan Pahang.
Kami berpendapat Pahang lebih efektif dari segala aspek. Mereka kuat ketika menyerang dan juga ketika pasukan sedang dalam mod bertahan. Kami merasakan R.Kogileswaran dan Nor Azam Azih wajar untuk diberikan pujian kerana persembahan cemerlang mereka.
Untuk JDT pula, ini merupakan kekalahan pertama mereka dalam 52 perlawanan di laman sendiri. Banyak aspek yang perlu diperbaiki oleh Raul Longhi bagi memastikan mereka segera bangkit daripada kekalahan semalam.
Apa pendapat anda tentang dominasi pasukan Pahang ke atas Johor Darul Ta’zim pada perlawanan suku akhir kedua semalam ? Adakah mereka mampu untuk mengekalkan prestasi semasa dalam perlawanan peringkat separuh akhir menentang PKNP FC nanti ?
Dan mampukah Johor Darul Ta’zim bangkit daripada kekalahan mereka pada perlawanan semalam ?
Baca Juga: Beri Peluang Kepada R.Kogileswaran