Johor Darul Ta’zim Terlalu Ampuh Buat Negeri Sembilan

Pasukan Johor Darul Ta’zim nyata terlalu ampuh buat pasukan Negeri Sembilan apabila mereka mudah untuk mengutip kemenangan 4-0 sebentar tadi. Dua jaringan Safawi Rasid dan satu daripada Gonzalo Cabrera dan. La’Vere Corbin-Ong sudah cukup untuk memberikan mereka. 3 mata penuh.

Walaupun turun tanpa Natxo Insa dan Safiq Rahim dalam kesebelasan utama, namun Nazmi Faiz, Harris dan Afiq masih mampu untuk beraksi dengan baik di bahagian tengah. JDT juga dilihat berbahaya di bahagian serangan dan juga kukuh di bahagian pertahanan.

Asakan bertali arus oleh barisan serangan JDT membuahkan hasil apabila pertahanan Negeri Sembilan dilihat bergelut untuk mengawal trio serangan JDT.

Bagi pasukan Negeri Sembilan pula, mereka gagal untuk meneruskan rentak pada Selasa dimana mereka mengikat pasukan Kedah. Negeri Sembilan dilihat rapuh di bahagian pertahanan apabila mereka memberikan laluan mudah untuk pemain JDT memasuki kubu mereka.

Di bahagian serangan pula, mereka dilihat berbahaya ketika gerakan serangan balas namun hantaran ke dalam kotak penalti yang menghampakan mereka. Tidak seperti pada perlawanan lalu dimana mereka sangat berbahaya dalam setiap gerakan.

Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan JDT di puncak Liga Super setelah pasukan Pahang hanya mampu seri dengan pasukan Kedah. JDT kini berkelebihan 5 mata di atas pasukan Pahang.

Untuk Negeri Sembilan pula, kekalahan semalam menyebabkan mereka semakin tertekan apabila mereka kekal di kedudukan tercorot Liga. Makin mengeruhka keadaan, pasukan Kelantan meraih kemenangan ke atas Kuala Lumpur semalam. Kini mereka berada 3 mata di bawah pasukan bimbingan Fajr Ibrahim.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim ke atas Negeri Sembilan semalam? Adakah JDT terlalu ampuh? Atau Negeri Sembilan yang tidak beraksi dengan baik?

Baca Juga: Masih Ada Saki Baki Semangat Juang Kemarin?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *