Junior Eldstal Tinggalkan Malaysia
- Liga Super
- Oct 30, 2018
- No comment
Pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Junior Eldstal mengejutkan peminat bola sepak tanah air dimana beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia dan kembali ke United Kingdom. Semalam, Junior telah memuat naik satu video dalam media sosial Twitter milik beliau.
Thank you Malaysia 🇲🇾 ♥️ pic.twitter.com/TxK8Lu9CtF
— Junior Eldstål (@JuniorEldstal) October 29, 2018
Dalam video yang berdurasi 2:07 itu, Junior telah mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang memainkan peranan penting sepanjang beraksi di Malaysia sejak tahun 2013. Antara nama yang disebut ialah Scott Ollerenshaw, Datuk Ong Kim Swee, Datuk K.Rajagopal dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Selepas memuat naik video tersebut, Junior kemudiannya memuat naik satu nota dimana beliau memberikan penghargaan kepada semua. Dalam nota tersebut, Junior turut menyentuh kecederaan yang dialaminya dan perkara tersebut menyebabkan Junior tidak mampu untuk memberikan aksi terbaiknya buat pasukan JDT dan JDT II.
Gratitude for my journey! Thank you everyone ♥️🙏🏼 pic.twitter.com/FfTa9Qzrgs
— Junior Eldstål (@JuniorEldstal) October 29, 2018
Junior Eldstal mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada 2013 dimana ketika itu beliau menyertai pasukan Sarawak. Setelah beraksi bersama Sarawak selama satu setengah musim dan membantu The Crocs memenangi Liga Premier 2014, Junior kemudiannya menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim.
Bersama JDT, Junior telah memenangi beberapa kejuaraan domestik antaranya Liga Super Malaysia: 2015, 2016, 2017, Piala Sumbangsih: 2015, 2016, 2018, Piala FA: 2016, dan Piala Malaysia: 2017. Paling manis, Junior membantu JDT muncul sebagai juara Piala AFC edisi 2015.
Junior juga berjaya tampil bersama pasukan bawah 23 tahun negara dan pasukan senior. Paling diingati ialah Junior menjaringkan gol ketika membantu pasukan bawah 23 tahun negara memenangi Pesta Bola Merdeka 2013 dengan menewaskan Myanmar pada perlawanan terakhir.
Aksi Junior sememangnya terhad dalam dua musim kebelakangan ini kerana kecederaan belakang yang dialami oleh beliau. Pemain yang mampu untuk beraksi sebagai pemain tengah dan juga pemain pertahanan ini dicanang sebagai muka yang akan beraksi bersama Harimau Malaya pada masa hadapan.
Kami di Inikan Bola mengucapkan selamat maju jaya kepada Junior Eldstal.
Baca Juga: Rekod Harimau Malaya Dalam Kejohanan Piala AFF