KAFA Lancar Tabung Khas Bagi Kukuhkan Kewangan

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah melancarkan satu tabung khas bagi membantu untuk mengukuhkan kewangan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata persatuan tidak akan berselindung mengenai situasi dihadapi persatuan itu yang ketika ini sedang berdepan krisis kewangan.

“Berikutan permasalahan dihadapi KAFA, kami tidak segan untuk menyatakan kini sedang menghadapi masalah kewangan bagi mengharungi saingan musim depan serta menyelesaikan apa-apa perkara untuk tahun ini.

“Jadi kongres (Jumaat) sudah menzahirkan rasa simpati dengan apa yang dialami dan membuat ketetapan supaya KAFA melancarkan satu tabung bagi tujuan pemulihan kewangan.

“Pihak yang berhasrat membantu boleh menyumbang melalui tabung itu dan saya rasa inisiatif ini cukup baik kerana kami sediakan satu platform secara terus ke akaun KAFA,” katanya ketika ditemui oleh Berita Harian.

Laman rasmi media sosial pasukan hari ini telah berkongs nombor akaun jika ada peminat setia pasukan yang mahu menghulurkan derma kepada tabung khas yang ditubuhkan.

Sebelum ini, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan menyatakan persatuan tersebut memerlukan dana sebanyak RM6 Juta bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim hadapan.

Kita sedia maklum bahawa KAFA sememangnya berdepan dengan krisis kewangan apabila ada beberapa pemain mereka dikhabarkan masih lagi belum menerima gaji.

Apa yang penting, peminat setia The Red Warriors boleh membantu pasukan mereka dengan menghulurkan derma bagi mengukuhkan lagi kewangan pasukan sekaligus mampu untuk mengharungi cabaran musim hadapan.

Apa pendapat anda mengenai inisiatif yang dijalankan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang menubuhkan satu tabung khas bagi membantu mengukuhkan kantung kewangan pasukan ? Adakah kaedah ini mampu untuk mengumpul dana sepertimana yang ditetapkan oleh KAFA ?

Baca Juga: RM6 Juta Untuk Menghadapi Saingan Liga Perdana

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *