Kalau Tak Boleh Kritik, Macam Mana Nak Maju ?

Kecoh dunia pengamal media bola sepak Malaysia hari ini apabila Malaysia Football League (MFL) menarik balik Akreditasi dan pas media salah seorang penulis berpengaruh, Vijhay Vick kerana terlampau mengkritik dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Satu je penulis nak cakap. Kalau anda tak boleh nak menerima kritikan, macam mana nak maju bola sepak kita ni ?

Entah apa yang dimaksudkan oleh MFL dengan kenyataan yang mengelirukan dan juga terlampau mengkritik. Setahu penulis, Vijhay Vick ini adalah seorang penulis yang adil dan juga neutral. Beliau tidka berpihak kepada sesiapa pun. Lihat saja hasil tulisan beliau. Jika sesuatu perkara itu baik dan juga positif, maka beliau akan memuji hasil kerja tersebut.

Dan jika sesuatu perkara itu negatif dan dilihat merugikan, maka Vijhay Vick akan mengkritik hasil kerja tersebut. Di sini, penulis melihat tiada apa yang mengelirukan. MFL harus menjelaskan kepada pengamal media yang lain serta peminat bola sepak negara tentang kenyataan apa yang dikeluarkan oleh Vijhay sampai dianggap mengelirukan dan juga terlebih mengkritik ni. Nonsense betul!

Jika begini cara MFL, maka sudah jelas lagi bersuluh bahawa mereka ini tidak boleh menerima teguran dan juga kritikan. Penulis bola sepak di Malaysia sudah tidak boleh mengutarakan pendapat. Mereka juga tidak boleh mengkritik jika ada tindakan atau keputusan yang dianggap salah.

Apa yang pasti, susah untuk bergerak maju ke hadapan apabila sesebuah badan itu enggan untuk menerima sebarang kritikan. Macam mana nak maju kalau tak boleh dikritik langsung. Jika perkara ini berterusan, penulis pun tidak tahu apa akan jadi pada Liga kita.

Akhir sekali, penulis harap ada penjelasan yang lebih terperinci daripada Malaysia Football League tentang masalah ini. Jika tiada sebarang penjelasan dari pihak anda, maka tindakan anda ini akan membuatkan peminat di luar sana berfikir bahawa sudah tidak ada kebebasan untuk menyuarakan pendapat dalam hal bola sepak Malaysia.

Baca Juga: Mana Nahkoda Kapal Yang Tenggelam Ni ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *