KATEGORI PENGURUS DALAM DUNIA BOLASEPAK
- Lain-lain
- Mar 25, 2018
- No comment
Jika anda adalah peminat tegar bolasepak serta ketagih dengan permainan simulator Football Manager, sudah pasti anda mengetahui bahawa terdapat pelbagai kategori Pengurus atau Ketua Jurulatih dalam bolasepak. Di sini kami ingin menyentuh tentang kategori Pengurus bolasepak.
The Iceman
The Iceman merupakan seorang Pengurus yang sentiasa tenang dalam apa jua situasi. Kadang-kadang terlalu tenang hingga mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi walau pasukan mereka sedang ketinggalan 10-0. Contoh yang paling terkenal ialah Sven-Goran Eriksson.
The Tactician
Pengurus jenis ini mempunyai kepekaan taktikal yang tinggi. Mereka lebih mementingkan persembahan pasukan secara keseluruhan daripada bergantung kepada kebolehan individu. Mereka juga pantas mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan mereka serta lawan dan berupaya mengubah pendekatan mereka bila-bila masa. Maurizio Sarri antara Pengurus yang paling menonjol di Eropah sekarang. Pep Guardiola digelar Tactical Freak kerana ketaksuban beliau terhadap pendekatan taktikal dalam bolasepak.
The Wheeler-Dealer
Bahasa ringkas untuk Pengurus jenis ini ialah kedekut. Pengurus jenis ini lazimnya gemar membentuk pasukan dengan bajet terhad tetapi masih mampu bersaing. Harry Redknapp merupakan pengurus yang digemari pasukan-pasukan bawahan EPL kerana beliau mampu menyediakan pasukan yang boleh bersaing walaupun dengan bajet terhad.
The Mind-Games Expert
Laman media ibarat taman permainan buat Pengurus seperti ini. Mereka gemar memberi kenyataan kontroversi agar dapat mengalih perhatian media dan peminat kepada lawan mereka terutamanya dalam perlawanan besar. Jose Mourinho pernah terlibat dalam banyak kontroversi di luar padang dengan pengurus-pengurus lain. Arsene Wenger adalah lawan kegemaran beliau.
The Motivator
Pengurus jenis ini mempunyai kemampuan untuk membuat pemain beliau percaya bahawa mereka sedang dalam prestasi terbaik dan mampu menewaskan siapa saja. Kadang-kadang mereka kelihatan terlalu dramatic di tepi padang semata-mata mahu membakar semangat pemain. Gaya Jurgen Klopp meraikan jaringan boleh mengangkat mood seluruh stadium walaupun nampak kelakar.
The Philosopher
Mempunyai pendapat sendiri dan keyakinan diri yang tinggi adalah ciri-ciri seorang Philosopher. Mereka tetap pendirian dan tahu apa yang diinginkan oleh mereka walaupun perkara tersebut boleh membuat penyokong hangin satu badan. Arsene Wenger dan Louis Van Gaal antara Philospher paling terkenal. #wengerout atau #wengerin?
The Intimidator
Siapa tidak pernah dengar tentang Hairdryer Treatment? Sir Alex Ferguson terkenal dengan Hairdryer Treatment beliau. Tiada pemain yang boleh terlepas dari api kemarahan Sir Alex di bilik persalinan jika mereka tidak bermain baik. Tanya David Beckham kalau tak percaya.
Peminat-peminat Football Manager, Pengurus jenis manakah anda? Penulis seorang Wheeler-Dealer. Beli wonderkid murah, jual mahal.
Sumber Gambar: ESPN