Keadaan Pusat Latihan Akademi Mokhtar Dahari Membimbangkan
- Harimau Malaya
- Oct 5, 2018
- No comment
Keadaan semasa pusat latihan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sangat memprihatinkan dengan banyak kerosakan dan juga keadaan padang yang tidak memuaskan dimana terdapat air bertakung.
#Sukan
Beginilah keadaan Akademi Mokhtar Dahari @nfdpmalaysia di Gambang, Pahang yang bernilai RM85 juta. Belum mencecah usia 2 tahun, dah ada banyak kerosakan 😕@SyedSaddiq @NewsMPB @FAM_Malaysia @SafirulAbuBakar @MSNMALAYSIA pic.twitter.com/NtlNLG7Qbo— Hazreen Mubarak (@mhazreenNewsMPB) October 4, 2018
Keadaan semasa pusat latihan AMD ini dilaporkan oleh seorang wartawan sukan stesen tv tempatan dimana kita dapat lihat menerusi gambar di atas terdapat kebocoran dalam sistem pengairan yang menyebabkan beberapa kawasan digenangi air.
Perkara ini nyata mengundang tanda tanya di kalangan peminat dimana mereka mempersoalkan mengapa pusat latihan yang dibina dengan kos sebesar RM85 Juta ini boleh berada dalam keadaan yang tidak terurus.
Peminat juga mahukan person in charge agar mengambil tanggungjawab di atas masalah pusat latihan AMD ini kerana individu tersebut gagal untuk menjalankan tugas dengan baik.
Someones hv to be responsible for not doing their job. Someones must be fired for lack of leadership & accountability @SPRM hv to investigate this academy for wasting of public funds.
— 🇲🇾😻 💙🇲🇾 (@camancher2012) October 4, 2018
Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Azli Abu Bakar kemudiannya menjelaskan perkara ini dengan mengatakan pihaknya telah menghantar aduan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang namun masih lagi tiada maklum balas diberikan.
Dalam hal ini, ketika dalam defect period, @JKRPAHANG bertanggungjawab memastikan sebarang defect dibetulkan oleh main contractor@nfdpmalaysia sebagai pengguna akan menyenaraikan setiap defect utk diambil tindakan. Ini proses biasa.@KBSMalaysia @MSNMALAYSIA @SyedSaddiq
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Apa yang pasti, permasalahan padang latihan Akademi Mokhtar Dahari ini perlu segera diselesaikan bagi memastikan para pelatih dan juga pemain boleh menjalani latihan tanpa berdepan sebarang halangan.
Baca Juga: Ketiadaan Lim Teong Kim Cetus Tanda Tanya