Kedah Lebih Menguasai Dari Segala Aspek
- Liga Super
- Apr 14, 2018
- No comment
Pasukan Selangor gagal menghadiahkan kemenangan pertama kepada Nazlianmi Nasir dalam perlawanan pertama beliau sebagai jurulatih dalam kancah Liga Super apabila tewas 4-0 kepada pasukan Kedah. Sandro Da Silva cemerlang dengan menjaringkan dua gol dalam perlawanan semalam. Kedah nyata lebih baik dari segala aspek.
Anak-anak buah Nidzam Adha menekan barisan pertahanan Selangor sejak minit pertama permainan menerusi jaringan Syazwan Zainon. Gandingan Sandro dan Syazwan Zainon sekali lagi menghukum barisan pertahanan Selangor yang dilihat kelam-kabut dan tidak tersusun pada lewat separuh masa pertama.
Momentum Kedah berjaya dikekalkan ke separuh masa kedua. Mereka menjaringkan dua gol lagi bagi memastikan Nidzam Adha mengutip kemenangan pertama sebagai jurulatih musim ini. Keputusan Nidzam untuk menurunkan Sandro sebagai penyerang dan meletakkan Pablo Pallares di bangku simpanan nyata berbaloi.
Bagi pasukan Selangor pula, mereka serba tidak menjadi dari segala aspek. Yang paling ketara ialah barisan tengah dan juga pertahanan. Barisan tengah Selangor terutamanya Abdul Halim Zainal yang bermain sebagai pemain tengah bertahan gagal untuk memainkan peranan dengan baik. Bliau dilihat senang untuk diatasi oleh Sandro.
Di bahagian pertahanan, mereka nyata rindukan kelibat Willian Pacheco di sana. Razman Roslan yang digandingkan dengan Ashmawi Yakin gagal untuk membentuk satu gandingan yang mantap. Mereka kerap melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Marking dan juga positioning keduanya juga tidak memberangsangkan.
Kami berpendapat Kedah nampaknya sudah mendapatkan kembali rentak pasukan dibawah bimbingan Nidzam Adha. Cuma mereka perlu memperbaiki aspek stamina agar dapat menjalankan perancangan dengan sempurna.
Bagi Selangor pula, banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh Nazliazmi. Terutamanya aspek bertahan dan juga barisan tengah pasukan yang dilihat tidak menjalankan tugas dengan baik pada perlawanan semalam.
Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Kedah ke atas Selangor semalam ? Adakah ini merupakan turning point untuk pasukan terus mengutip kemenangan ?
Dan apa yang perlu dilakukan oleh Nazliazmi bagi memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan oleh pemain beliau pada perlawanan semalam ?
Baca Juga: Rufino Mampu Kekalkan Momentum ?