Kedah Wajar Kekalkan Sandro Da Silva
- Piala Malaysia
- Sep 2, 2018
- No comment
Peminat Kedah sedia maklum bahawa musim 2018 merupakan musim terakhir mereka menyaksikan pemain import pasukan, Sandrk Da Silva. Di sini, kami berpendapat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) wajar untuk mengekalkan khidmat pemain import dari Brazil ini.
Sandro menampilkan aksi yang cemerlang buat pasukan Kedah sepanjanh saingan Liga Malaysia musim ini. Kegagalan penyerang import yang dibawa masuk iaitu Pablo Pallares dan Paulo Rangel untuk menampilkan aksi terbaik mereka berjaya diselesaikan oleh Sandro.
Sandro diberi peranan sebagai false nine pasukan. Sepanjang beraksi di posisi tersebut, Sandro tidak pernah mengecewakan dan beliau sentiasa mencipta jaringan.
Pada perlawanan menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim semalam, Sandro berjaya menjaringkan satu gol dimana jaringan tersebut merupakan jaringan ke-50 Sandro bagi pasukan Kedah sejak menyertai skuad Hijau Kuning itu pada pertengahan musim 2015 sewaktu Kedah beraksi dalam saingan Liga Perdana.
Meskipun sudah berusia 35 tahun, namun komitmen dan juga kerja keras yang ditunjukkan Sandro sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Boleh dikatakan beliau merupakan salah satu pemain import selain Liridon Krasniqi yang beraksi secara konsisten sepanjang musim 2018. Lihat saja jumlah gol yang sudah dihasilkan oleh Sandro setakat ini.
Kami berpendapat Sandro boleh beraksi selama satu musim lagi bersama pasukan Kedah. KFA wajar untuk memperpanjang kontrak Sandro bagi saingan musim hadapan di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain dari Brazil ini.
Apa yang pasti, jika Sandro mampu untuk mengekalkan momentum cemerlang beliau, tidak mustahil Kedah mampu untuk mara dengan lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia edisi kali ini.
Apa pendapat anda mengenai kecemerlangan yang ditampilkan oleh Sandro Da Silva bagi pasukan Kedah sepanjang saingan Liga Malaysia musim 2018? Adakah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) wajar untuk mengekalkan khidmat Sandro bagi saingan musim hadapan?
Atau mereka perlu mencari pemain yang lebih berkaliber daripada Sandro bagi memegang peranan sebagai perancang pasukan pada musim hadapan?
Baca Juga: Tiada Rangel Tiada Masalah Buat Kedah