Kekalkan Gandingan R.Kogileswaran Dan Patrick Cruz

Kemenangan Pahang di Larkin minggu lalu masih lagi menjadi bualan peminat bola sepak tanah air. Kemaraan ke peringkat separuh akhir dan juga menjadi pasukan pertama yang berjaya menumbangkan Johor Darul Ta’zim di laman sendiri sejak musim 2015. Dalam kemenangan minggu lalu, R.Kogileswaran dan Patrick Cruz menjadi watak utama bagi pasukan Pahang.

Pada perlawanan tersebut, meskipun kedua-dua pasukan bermain di atas permukaan padang yang seperti bendang sawah, Pahang lebih dominan berbanding pasukan tuan rumah. Ketajaman barisan serangan yang diisi Patrick sambil dibantu oleh Kogi berjaya untuk mengkucar-kacirkan pertahanan JDT.

Pada mulanya penulis berasa sedikit skeptikal apabila melihat barisan serangan Pahang pada perlawanan minggu lalu kerana sebelum ini, Patrick dilihat bergelut tanpa Forkey Doe disisi beliau. Namun, Patrick dan Kogi membuktikan yang mereka berdua mampu untuk beraksi dengan sangat baik.

Kecemerlangan Patrick dan Kogi sedikit sebanyak dibantu oleh barisan tengah yang menjalankan tugas dengan sangat baik. Nor Azam Azih menjadi arkitek pasukan dengan hantaran bola beliau manakala Safuwan Baharuddin tenang melindungi barisan pertahanan dan juga Nor Azam.

Penulis berpendapat jurulatih Pahang, Dollah Saleh boleh mengekalkan gandingan Kogi dan juga Patrick di bahagian serangan pasukan. Keduanya dilihat mampu untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan sekaligus menjaringkan gol.

Jika Dollah mengekalkan kedua-dua penyerang dalam kesebelasan utama, ini adalah satu peluang yang baik bagi Kogi untuk meningkatkan lagi tahap permainan dan juga ketajaman beliau di hadapan gol. Sebagai pemain penyerang, penting untuk Kogi memiliki minit bermain yang banyak serta bermain di tahap yang lebih kompetitif.

Kedua-dua elemen ini juga penting untuk memastikan Kogi tidak cepat lemau dan berkarat di hadapan gol.

Apa yang tinggal untuk ialah R.Kogileswaran dan Patrick Cruz sekarang ialah mengekalkan prestasi semasa mereka bagi memastikan Pahang mampu untuk memberi saingan kepada pendahulu Liga, Johor Darul Ta’zim dan mampu untuk memberi saingan kepada PKNP FC dalam perlawanan peringkat separuh akhir Piala FA pada Jun nanti.

Baca Juga: Beri Peluang Kepada R.Kogileswaran

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *