Kelantan Buru Khidmat Tiga Pemain Bintang
- Luar Negara
- Feb 11, 2019
- No comment
Pengurusan baru pasukan Kelantan, Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd dikhabarkan sedang memburu tiga pemain bintang bagi memantapkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif KRW Sdn. Bhd., Fazli Mohammad berkata buat masa ini pihaknya terpaksa merahsiakan identiti tiga pemain bintang yang akan dibawa masuk.
“Setakat ini kita dalam peringkat perundingan untuk membawa masuk pemain berkenaan bagi memperkasakan lagi TRW.
“Kesemua pemain ini kita akan bawa masuk sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain di tutup pada 20 Febuari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambah Fazli, kehadiran pemain bintang ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kualiti pasukan serta menarik semula penyokong untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan yang padu kepada pasukan.
Dikatakan salah seorang pemain bintang yang dimaksudkan ialah bekas penyerang skuad kebangsaan iaitu Safee Sali yang ketika ini beraksi bersama pasukan Perlis. Sebelum ini, beredar gambar Safee dan Fazli bersama seorang lagi pemain Perlis, Shahril Sa’ari.
Sumber Gambar: Vocket FC
Setelah gambar tersebut viral di laman media sosial dan ramai pihak beranggapan Safee akan menyertai Kelantan, penyerang berusia 34 tahun ini menafikan perkara tersebut dan beliau hanya terserempak dengan Fazli.
Setakat dua perlawanan Liga Perdana musim ini, Kelantan hanya mampu mengutip satu mata dimana mereka tewas mengejut kepada pendatang baru liga, Selangor United dengan keputusan 1-0 manakala seri pada perlawanan kedua ketika menentang pasukan Sabah dengan keputusan 3-3.
Pemain bintang yang akan dibawa masuk oleh KRW Sdn Bhad berkemungkinan besar pemain yang mempunyai pengalaman luas dalam saingan Liga Malaysia. Safee Sali serta Shahril Sa’ari menjadi calon yang sesuai kerana kedua-dua pemain mempunyai pengalaman yang luas dan pernah beraksi dengan beberapa pasukan ternama seperti Selangor, Johor Darul Ta’zim dan PKNS FC.
Tambahan pula dengan isu tunggakan gaji yang sedang melanda Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) ketika ini dimana pemain Perlis bagi saingan musim ini masih belum menerima gaji pertama mereka. Kemungkinan untuk dua pemain ini meninggalkan pasukan dilihat tinggi.
Baca Juga: Hutang Lapuk KAFA Ditanggung Pengurusan Baru