Kemana Destinasi Irfan Bakti Musim Hadapan ?

Masa depan ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti menjadi tanda tanya apabila dikhabarkan ada tiga pasukan yang mengintai khidmat beliau bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Sebelum ini, ada beberapa pasukan yang mula menawarkan kontrak kepada pemain Terengganu FC dan kini, jurulatih mereka juga diincar oleh beberapa pasukan.

Menurut Irfan, meskipun ada tawaran yang datang kepada beliau, perkara tersebut tidak akan membuatkan fokus beliau bersama Terengganu FC terjejas menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2018 menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim di Larkin.

Terengganu membawa bekalan satu gol hasil jaringan tunggal daripada Abdul Malik Mat Ariff pada perlawanan pertama di Kuala Terengganu tempoh hari.

“Setakat ini sudah ada tiga pasukan menawarkan kontrak kepada saya untuk musim depan, tetapi lamaran itu tidak sesekali mengganggu persiapan saya kerana perkara itu sudah menjadi asam garam bagi jurulatih.

“Bagaimanapun saya tidak memikirkan isu itu kerana fokus utama ialah mahu membawa TFC mara ke pentas akhir dan menjuarai piala berprestij itu selepas gagal mara ke final dalam saingan FA musim ini,” kata Irfan kepada Berita Harian.

Setakat ini, Irfan Bakti enggan mahu mendedahkan tiga pasukan yang dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya sama ada pasukan tersebut berasal daripada saingan Liga Super ataupun Liga Perdana.

Pihak pengurusan Terengganu FC meletakkan sasaran untuk pasukan sekurang-kurangnya memenangi sau piala musim ini dan Irfan mahukan kejuaraan Piala Malaysia bagi memenuhi tututan tersebut.

“Hanya tinggal satu lagi piala musim ini. Jadi, kami mengharapkan TFC mampu menjulang trofi berprestij itu kerana peluang buat skuad kami masih terbuka luas walaupun beraksi di tempat lawan,” tambah Irfan Bakti.

Jika melihat kepada prestasi Terengganu sejak dibimbing oleh Irfan Bakti, sudah pasti peminat mahukan ketua jurulatih berusia 67 tahun ini untuk kekal membimbing pasukan. Terengganu FC menjadi salah satu pasukan yang mampu untuk mencabar kejuaraan sejak berada dibawah kendalian Irfan.

Baca Juga: Felcra FC Tarik Diri, Siapa Yang Dirugikan ?

Leave a comment

Your email address will not be published.