Kemana Destinasi Mereka Apabila Dilepaskan ?

Status dua nama yang sinonim dengan pasukan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan Badhri Radzi nampaknya samar apabila ketua jurulatih Kelantan, Fajr Ibrahim tidak menyenaraikan kedua-dua pemain dalam perancangan beliau. Di sini kami mempunyai pertanyaan, kemana destinasi Apek dan Piya apabila mereka digugurkan daripada pasukan Kelantan ?

Sebelum ini, Khairul Fahmi dikaitkan dengan pasukan yang mempunyai masalah di bahagian penjaga gawang iaitu pasukan Kuala Lumpur. Akan tetapi, kecemerlangan Khatul Anuar dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA ketika Kuala Lumpur menentang Selangor minggu lalu mungkin akan mengubah fikiran pengurusan pasukan Kuala Lumpur untuk mencari penjaga gol baru.

Akan tetapi, jika Kuala Lumpur mencari penjaga gol yang mempunyai pengalaman luas serta memberikan Khatul satu persaingan yang sihat bagi posisi penjaga gol, maka Khairul Fahmi adalah pilihan yang sesuai.

Bagi Badhri Radzi pula, pemain tengah berusia 35 tahun ini kehilangan tempat dalam kesebelasan utama kerana Fajr lebih gemar untuk menggunakan khidmat pemain muda di posisi tersebut. Jika beliau dilepaskan oleh pasukan Kelantan, kami berpendapat ada banyak pasukan yang mahukan khidmat ketua pasukan paling berjaya dalam sejatah bola sepak Kelantan ini.

Ini kerana pengalaman yang dimiliki oleh Piya sejak bermain dalam saingan Liga Malaysia amatlah luas. Lihat saja kejuaraan yang sudah diraih beliau bersama pasukan Kelantan. Piya telah memenangi semua kejuaraan yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia.

Walau apa pun, nampaknya Fajr Ibrahim mahu memulakan empayar baru bersama pasukan Kelantan. Beliau mahukan pemain muda untuk membawa cabaran pasukan dalam Liga Malaysia.

Untuk Piya dan juga Apek, jika mereka dilepaskan, sudah pasti akan ada pasukan yang berminat dengan khidmat mereka kerana pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua pemain.

Apa pendapat anda jika benar Khairul Fahmi Che Mat dan Badhri Radzi dilepaskan oleh pasukan Kelantan dalam jendela perpindahan kedua nanti ? Pasukan mana yang akan menjadi destinasi kedua-dua pemain ?

Baca Juga: Kita Akan Melihat Generasi Baru Pasukan Kelantan ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *