Kemana Destinasi Rozaimi Abdul Rahman Seterusnya ?

Masa depan pemain sayap Johor Darul Ta’zim II, Rozaimi Abdul Rahman menjadi tanda tanya setelah dikhabarkan kontrak beliau bersama Johor Darul Ta’zim akan tamat pada penghujung musim ini. Jika benar, kemana destinasi seterusnya buat Rozaimi ?

Rozaimi sememangnya mempunai reputasi yang sangat tinggi dalam saingan Liga Malaysia apabila beliau beraksi dengan cemerlang bersama skuad bawah 23 tahun negara pada 2012 hingga 2013 serta pernah beraksi bersama Selangor dan juga Sabah.

Di atas kelincahan serta kemahiran yang dimiliki oleh beliau, Rozaimi juga pernah digelar sebagai “Neymar Malaysia” oleh para peminat. Namun, beberapa siri kecederaan serta kemalangan yang hampir saja meragut nyawa Rozaimi, prestasi pemain berusia 25 tahun ini dilihat sedikit merosot.

Penghijrahan ke Johor Darul Ta’zim bagi saingan musim ini dilihat tidak banyak membantu bagi mengembalikan semula prestasi beliau kerana Rozaimi kerap kali memanaskan bangku simpanan.

Apa yang perlu dilakukan oleh Rozaimi bagi mendapatkan semula prestasi sepertimana ketika beliau memperkenalkan diri kepada saingan Liga Malaysia ialah menyertai pasukan yang menjanjikan tempat bagi beliau dalam kesebelasan utama.

Seperti yang selalu ditekankan, penting untuk pemain bola sepak mendapatkan minit bermain yang cukup bagi mengekalkan prestasi semasa mereka.

Jika ada peluang, Rozaimi boleh menyertai pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super kerana saingan dan juga cabaran yang dihadapi adalah lebih tinggi berbanding saingan Liga Perdana.

Contoh terbaik yang boleh diguna pakai oleh Rozaimi ialah bagaimana Syahrul Azwari berjaya bangkit apabila beliau beraksi dalam saingan Liga Super bersama Melaka United. Perkara yang sama boleh berlaku kepada Rozaimi sekiranya beliau beraksi di pentas dan menghadapi cabaran yang lebih tinggi.

Apa pendapat anda mengenai masa depan Rozaimi Abdul Rahman bersama pasukan Johor Darul Ta’zim ? Adakah beliau akan kekal beraksi buat Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia musim hadapan ?

Atau Rozamini bakal menyertai pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia bagi mencari semula kegemilangan sepertimana sebelum ini ?

Baca Juga: Safiq Rahim Kembali Ke Lembah Klang ?

Leave a comment

Your email address will not be published.