Kemana Hilangnya Bakat Najmuddin Samat ?

Satu ketika dahulu, pemain ini pernah digerlar sebagai “Messi Malaysia” oleh para peminat bola sepak tanah air. Beliau mencipta nama ketika beraksi bersama pasukan Frenz United. Pemain ini hampir membawa pasukan Malaysia bawah 16 tahun layak ke Piala Dunia U17 ketika itu. Namun, pasukan Australia mengecewakan pasukan negara. Siapakah pemain ini ? Pemain ini adalah Mohd Najmuddin Samat. Kemana hilangnya Najmuddin ketika ini ?

Lihat aksi lincah Najmuddin di sini

Najmuddin Samat menjadi watak penting pasukan bawah 16 tahun negara ketika kempen kelayakkan Piala AFC Bawah 16 Tahun yang berlangsung pada 2013. Najmuddin berjaya menjaringkan 5 gol ketika itu. Pada tahun berikutnya, Malaysia diletakkan dalam kumpulan A dalam temasya Piala AFC Bawah 16 Tahun di Bangkok, Thailand. Malaysia membukan tirai kejohanan dengan kemenangan apabila menewaskan pasukan tuan rumah pada perlawanan pembukaan. Pada perlawanan kedua, Malaysia tewas kepada Korea Selatan. Nasib Malaysia ketika itu ditentukan pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Oman.

Pada perlawanan menentang Oman, Najmuddin mejadi wira negara apabila menjaringkan dua gol dan memastikan Malaysia layak ke suku akhir. Di sinilah bermulanya nama Najmuddin menjadi bualan peminat bola sepak negara. Pada peringkat suku akhir, Malaysia bertemu pasukan Australia. Jika kita menang, bukan saja kita layak ke peringkat separuh akhir, malah kita juga mendapat tempat dalam temasya Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada 2015. Tetapi apakan daya. Nasib tidak memihak Najmuddin dan kawan-kawan apabila mereka tewas kepada Australia dengan keputusan 2-1.

Setelah pulang dari kejohanan tersebut, nama Najmuddin bagai hilang dibawa arus yang tenang. Agak disayangkan apabila kita melihat bakat sebagus Najmuddin disia-siakan. Rakan sepasukan Najmuddin ketika mewakili pasukan Bawah 16 tahun, R.Kogileswaran sekarang ini sedang membela pasukan bawah 22 tahun negara di temasya Piala Asia Bawah 22 Tahun. Najmuddin sepatutnya terlibat sama. Kali terakhir kita melihat Najmuddin beraksi adalah musim 2017 lalu apabila beliau mewakili pasukan Melaka United Bawah 21 tahun dalam saingan Piala Presiden.

Nasib Najmuddin bagi saingan Liga Malaysia musim 2018 masih belum diketahui. Kami berharap Najmuddin segera mendapatkan rentak seperti tahun 2014 agar dapat membantu skuad negara pada masa akan datang.

Adakah anda mempunyai kenangan sewaktu menyaksikan Najmuddin ? Mari kongsikan bersama kami.

Baca Juga: Apa Nasib Khyril Muhymeen

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *